Kebiasaanya kita akan mula memikirkan barangan yang hendak dibeli apabila sampai
musim perayaan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips membeli perabot. Harap ianya berguna...
Sebelum memutuskan sebarang pembelian, tidak ada salahnya kalau anda melakukan ujian berikut:
a) Duduk, ketuk ataupun goncang perabot yang anda ingin beli untuk menguji keselesaan dan
ketahanannya. Periksa juga bahagian bawah dan belakang, terutama yang mempunyai
sambungan
wayar.
Jangan cepat berpuas hati melihat penampilan dari depan
sahaja. Kadang-kadang apa yang anda
lihat pada permukaan jauh benar
bezanya dengan hasil buatan di dalam atau belakang. Kalau
anda benar-benar puas hati barulah buat keputusan untuk membeli.
b) Periksa tombol. Almari pakaian biasanya mempunyai laci dan tombol.
Jadi, periksa betul-betul
sama ada tombol itu mudah tanggal dan adakah
laci mudah dibuka-tutup?
c) Periksa kemasan. Pastikan tiada kesan retak dan calar pada perabot atau cat mudah tertanggal.
d) Periksa bahan buatan yang diguna. Setiap bahan mempunyai ciri dan cara penjagaan berbeza.
Kayu ✽ ambil tahu jenis kayu yang diguna
sama ada jati, meranti, merbau ataupun getah kerana setiap satu
mempunyai tahap penjagaan berlainan.
Logam ✽ periksa bahagian berskru untuk
memastikan tahap keselamatan yang disediakan. Pastikan tiada kesan karat
pada bahagian yang bersambung dengan skru.
Aluminium ✽ meskipun ia tahan karat dan ringan namun mudah tergores. Oleh itu, tentukan kedudukannya yang sesuai di dalam rumah.
Plastik ✽ buat beberapa ujian untuk menguji ketahanannya sebab ia ringan, mudah dialih dan calar.
Sofa ✽ periksa sama ada rangka dan kaki sofa disambung dengan baik. Periksa juga fabrik yang digunakan dan pastikan ia dijahit rapi.
Kerusi kulit asli ✽ mudah bertukar warna
jika terdedah lama kepada cahaya matahari, mudah berbau dan kusam. Ia
memerlukan penjagaan rapi dan dibersihkan mengguna bahan pencuci kulit
khas. Bagaimanapun, teksturnya akan menjadi bertambah lembut dan
bersinar apabila semakin lama diguna.
Kerusi PVC ✽ lebih senang dijaga, tetapi mudah terkoyak.
lebih panduan disini