Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013
Search This Blog
Ubahsuai Kediaman
Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013
02 July 2013
Tips Membeli Perabot
Kebiasaanya kita akan mula memikirkan barangan yang hendak dibeli apabila sampai musim perayaan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips membeli perabot. Harap ianya berguna...
Sebelum memutuskan sebarang pembelian, tidak ada salahnya kalau anda melakukan ujian berikut:
a) Duduk, ketuk ataupun goncang perabot yang anda ingin beli untuk menguji keselesaan dan
ketahanannya. Periksa juga bahagian bawah dan belakang, terutama yang mempunyai sambungan
wayar.
Jangan cepat berpuas hati melihat penampilan dari depan sahaja. Kadang-kadang apa yang anda
lihat pada permukaan jauh benar bezanya dengan hasil buatan di dalam atau belakang. Kalau
anda benar-benar puas hati barulah buat keputusan untuk membeli.
b) Periksa tombol. Almari pakaian biasanya mempunyai laci dan tombol. Jadi, periksa betul-betul
sama ada tombol itu mudah tanggal dan adakah laci mudah dibuka-tutup?
c) Periksa kemasan. Pastikan tiada kesan retak dan calar pada perabot atau cat mudah tertanggal.
d) Periksa bahan buatan yang diguna. Setiap bahan mempunyai ciri dan cara penjagaan berbeza.
Kayu ✽ ambil tahu jenis kayu yang diguna sama ada jati, meranti, merbau ataupun getah kerana setiap satu mempunyai tahap penjagaan berlainan.
Logam ✽ periksa bahagian berskru untuk memastikan tahap keselamatan yang disediakan. Pastikan tiada kesan karat pada bahagian yang bersambung dengan skru.
Aluminium ✽ meskipun ia tahan karat dan ringan namun mudah tergores. Oleh itu, tentukan kedudukannya yang sesuai di dalam rumah.
Plastik ✽ buat beberapa ujian untuk menguji ketahanannya sebab ia ringan, mudah dialih dan calar.
Sofa ✽ periksa sama ada rangka dan kaki sofa disambung dengan baik. Periksa juga fabrik yang digunakan dan pastikan ia dijahit rapi.
Kerusi kulit asli ✽ mudah bertukar warna jika terdedah lama kepada cahaya matahari, mudah berbau dan kusam. Ia memerlukan penjagaan rapi dan dibersihkan mengguna bahan pencuci kulit khas. Bagaimanapun, teksturnya akan menjadi bertambah lembut dan bersinar apabila semakin lama diguna.
Kerusi PVC ✽ lebih senang dijaga, tetapi mudah terkoyak.
lebih panduan disini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!-- start -->


No comments:
Post a Comment