Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

14 July 2013

Membina Kediaman Di Tanah Sendiri






Membina  kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap individu. Dari segi kos memang  jimat berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Tetapi, masih ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini. Bagi anda yang kurang ilmu mengenai pembinaan kediaman di tanah sendiri, ini sedikit tips saya kongsikan untuk anda :





 
Beberapa Item yang perlu anda sediakan :
 
Geran Tanah

Perkara paling penting sekali . Geran perlu disediakan untuk mengenal pasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.

Cukai Tanah

Pastikan ia bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun . Anda perlu pastikan cukai tanah anda perlu dijelaskan setiap tahun untuk mengelak dari disita.

Pelan Lakaran Rumah

Anda perlu sediakan Plan Lakaran Kediaman yang anda inginkan. Tak perlu terlalu mengikut peraturan dalam melakar plan kediaman, cukuplah sekadar boleh di lihat.  Kebiasaanya, arkitek@pelukis plan binaan akan memberi anda beberapa salinan untuk anda pilih, dan anda perlu membayarnya.

Keadaan Tanah

Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah berkenaan sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah potong dan tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket anda sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).

Persekitaran Kawasan

Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. Keadaan jiran-jiran sebelah perlu dinyatakan sekali. Terdapat segelintir jiran yang berasa kurang senang dengan kerja-kerja pembinaan di kawasan mereka. Mungkin mereka bimbang diganggu oleh pekerja asing lebih-lebih lagi bagi keluarga yang ada mempunyai anak perempuan.


Bajet Kewangan

Perlu diber perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Jika anda mempunyai bajet kewangan yang lebih, maka rekabentuk mungkin lebih futuristik.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.