Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

11 February 2013

Konsep pembinaan rumah bercirikan Islam







RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat dipraktikkan. Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga. Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.


(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan
menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh
Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk
memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.

kredit ke :  MYsaBil

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Tweet
Share

Sebarkan.