Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

11 October 2011

Ubahsuai Dapur Anda.

Kami paparkan untuk perkongsian bersama panduan mengubah suai ruang dapur anda. Jika anda merancangnya, tanyakan kepada kami, e-mail@ telefon di nombor 019-6661881Pak Abu

terima kasih ANDA (click untuk lebih info, disini) 

1. Warnakan dapur dengan cat baru

Cari dan pilihlah warna cat yang ceria atau bersih dan cat semula dinding dapur anda. Jika anda suka suasana dapur yang terang dan riang, cuba pilih warna cat seperti kuning, biru segar, hijau nipis atau putih bersih untuk menghidupkan kawasan dapur anda.

2. Tukar langsir tingkap lama dengan yang baru

Tukar langsir lama anda dengan yang baru, atau jika tingkap anda sebelum ini dibiarkan kosong, letakkan langsir tingkap baru. Pilih warna langsir yang akan menyerlahkan lagi dinding yang telah dicat baru. 


Anda boleh mencuba kombinasi langsir putih di dinding kuning atau biru (atau apa sahaja warna dinding kecuali putih) atau bagi dinding putih cuba kombinasi langsir kuning cerah atau terang, atau separuh corak yang mana gandingan warna langsir dan cat baru akan membantu menambah suasana 'sejuk mata memandang' di ruang dapur anda.

3. Tukar alas meja baru

Beli kain alas meja baru untuk digandingkan dengan tona warna langsir dan cat dapur yang baru. Kadang-kadang benda kecil seperti ini akan menimbulkan perubahan besar dan menghasilkan suasana dapur yang ceria, tenang dan terang tanpa perlu anda berbelanja besar untuk mengubahsuai semua peralatan dapur sehingga membazir.

4. Tukar lampu dapur lama dengan yang baru

Jika bajet kecil anda masih mengizinkan, tukar lampu dapur lama dengan yang baru. Hal ini benar-benar boleh menukar gaya dan menyerlahkan seri dapur anda. Untuk dapur kecil atau dapur yang mempunyai siling rendah, anda boleh letakkan lampu dinding yang baru. Jika anda mempunyai dapur yang lebih besar dengan siling yang tinggi, anda boleh meletakkan lampu gantung yang baru.


5. Tukar sinki lama dengan yang baru

Tukar sinki lama anda dengan sinki baru yang murah tapi lebih moden dan bergaya. Lebih-lebih lagi jika sinki lama telah pudar warnanya atau banyak kesan calar, maka sinki lama memang patut terus diganti baru.


6. Tukar tombol laci & kabinet dapur baru

Satu lagi kaedah ubahsuai dapur dengan bajet kecil ialah dengan menukar tombol laci & tombal kabinet dapur lama dengan yang baru. Ramai yang tak sedar bahawa perubahan yang kecil dan mudah seperti menukar tombol besi lama laci/kabinet kepada tombol besi yang baru dan bersinar akan lebih menyerlahkan suasana 'eksklusif' dapur lama anda.


7. Hias sebahagian dinding dapur dengan jubin atau kertas bercorak


Untuk menyerlahkan lagi keindahan dapur, anda boleh letakkan kepingan jubin bercorak atau kertas dinding bercorak kepada sebahagian ruang dinding di atas kabinet dapur. Hiasan ini akan menambahkan lagi kehebatan dapur anda serta menyerlahkan sebahagian dinding dapur. 


Untuk menghias sebahagian dinding dapur dengan jubin bercorak, anda boleh membeli jubin dekorasi stok lama atau lebihan jubin ubahsuai yang tidak digunakan dengan harga murah di mana-mana kedai jubin atau kedai hardware.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.