Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

10 October 2011

Bina Rumah Di atas Tanah Anda...

7 persediaan yang perlu diketahui oleh anda untuk memudahkan berurusan dengan arkitek/kontraktor: ( terima kasih kepada yang berkenaan )

Geran Tanah


Yang ni mesti wajib. Cakap banyak macam 'pro' pun tak guna kalau takde benda ni. Geran perlu disediakan untuk mengenalpasti status tanah tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah contohnya; pertanian/bangunan/komersial.

Selain itu, anda juga perlu memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.

Cukai Tanah


Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Nasib baik pegawai daerah selalu pergi bulan madu. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.

Pelan Lakaran Rumah


Bab ni menuntut anda suspaya jadi pelukis handalan.. he..he..he.. gurau aje. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susunatur dan saiz ukuran pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai rujukan pelanggan.

Keadaan Tanah


Ceritalah serba ringkas pasal keadaan tanah berkenaan sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah potong dan tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket anda sendiri. Kontraktor cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).

Persekitaran Kawasan


Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya. Keadaan jiran-jiran sebelah perlu dinyatakan sekali. Terdapat segelintir jiran yang berasa kurang senang dengan kerja-kerja pembinaan di kawasan mereka. Mungkin mereka bimbang diganggu oleh pekerja asing lebih-lebih lagi bagi
keluarga yang ada anak dara.

Spesifikasi


Tak ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Untuk bab Spesifikasi ni, nanti aku jelaskan dengan terperinci dalam posting yang akan datang.

Bajet Kewangan


Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Macam beli komputer. Kalau setakat nak buat kerja MS Word tak perlulah bajet sampai RM2500 ke atas.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.