Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

27 October 2011

Mengubahsuai Rumah - Adakah Ia Menguntungkan?

 TERIMA KASIH
Jika anda bercadang mengubahsuai kediaman anda, adalah wajar untuk mengetahui jenis pengubahsuaian yang akan meningkatkan nilai harta anda. Rumah yang naik nilainya adalah penting kerana ia akan membantu mendapatkan balik wang yang anda telah labur bagi kerja-kerja penambahbaikan apabila tiba masa untuk menjualnya.

Menurut Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebagaimana yang digariskan dalam buku panduannnya mengenai Kewangan Individu. Jika anda bercadang menjadikannya kediaman tetap bagi keluarga anda, maka mengubahsuai untuk menambah keluasan adalah alasan munasabah.

Menambah bilik air, pendingin hawa dan mengubahsuai dapur adalah antara penambahbaikan yang boleh menyebabkan harta anda naik nilai. Bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk tinggal di kediaman itu untuk seketika dan kemudian menjualnya maka anda tidak hanya boleh menimbangkan keselesaan malah nilai kediaman anda dalam tempoh itu.

Sebagai contoh, anda membelanjakan RM10,000 mengubahsuai sebuah bilik tetapi harga pasaran kediaman anda hanya meningkat kurang daripada RM5,000 semasa anda mahu menjualnya. Maka anda akan mengalami kerugian.

MENGHITUNG KOS PENGUBAHSUAIAN

Jika anda bercadang menjual kediaman itu dan mahu mengubahsuainya supaya nilainya naik, adalah baik untuk mendapatkan pandangan ejen hartanah, kontraktor dan profesional industri sama ada anda boleh mendapatkan balik apa yang anda telah melabur bagi kerja pengubahsuaian itu.

Walau apa pun, sebelum memulakan kerja dapatkan tawaran harga daripada beberapa orang kontraktor.

Sementara kontraktor yang dilantik akan menguruskan kesemua kerja-kerja pengubahsuaian, mungkin timbul kemusykilan kerana kawalan sepenuhnya terhadap kerja-kerja telah diamanahkan kepada pihak yang mungkin tidak mempunyai wawasan yang sama seperti anda.

Jika anda masih mahu mengekalkan sedikit kawalan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian itu, anda boleh meminta kontraktor menguruskan aliran dan tenaga kerja sementara anda membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Ini pada waktu yang sama akan membolehkan anda menjimatkan antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah kos.

DAPATKANNYA DALAM HITAM PUTIH

Tidak kira cara mana anda mahu melakukannya, yang penting ialah menyediakan kontrak bertulis antara anda dan kontraktor. Kontrak ini boleh mencegah salah faham dan menggariskan kos dan tempoh siap sesuatu projek.

Ia juga sedikit sebanyak memberikan perlindungan jika kontraktor itu gagal menyiapkan kerja mengikut terma-terma yang dipersetujui, yang jika tidak boleh menyebabkan kerugian besar.

Selepas anda mengenalpasti kos pengubahsuaian, ambil langkah seterusnya - cari pembiayaan.

SUMBER PEMBIAYAAN

Sekarang, bagaimana anda mahu membiayai kerja-kerja pengubahsuaian ini? Cara terbaik, sudah pasti, melalui simpanan anda. Bagaimanapun, anda boleh juga membiayainya menerusi pinjaman bank atau kad kredit.

Setiap satu kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahannya, yang perlu dipertimbangkan dengan teliti dengan mengambil kira tambahan komitmen kewangan jika anda memilih untuk membiayai pengubahsuaian menerusi pinjaman ataupun kredit.

Pembiayaan semula juga merupakan pilihan baik untuk mendapatkan tunai cepat dengan mencairkan ekuiti harta. Bagaimanapun, pembiayaan semula hanya sesuai dalam dua keadaan:

Pengubahsuaian jangka panjang, yang memerlukan bayaran muka dalam jumlah besar

Jika anda bercadang untuk tinggal di kediaman itu untuk tempoh cukup lama untuk menjadikan pembiayaan semula berkesan daripada segi kos.

Satu lagi pilihan ialah pinjaman peribadi. Apa yang menarik dengan pinjaman peribadi ini ialah ia dapat digunakan untuk membayar apa sahaja yang anda idamkan, yang termasuk pengubahsuaian rumah. Kelemahannya, bagaimanapun, adalah seperti berikut:

Ia tidak fleksibel, anda tidak boleh terlewat dalam membuat bayaran balik atau mengurangkan ansuran bulanan dan jika anda membayar balik pinjaman lebih awal, anda mungkin dikenakan denda.

Hakikatnya, dapatkan nasihat profesional dan hitung dengan teliti punca kewangan yang anda boleh perolehi sebelum memulakan kerja-kerja pengubahsuaian.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.