Kita akan mengalami masalah apabila tibul isu UBAHSUAI RUMAH. Bagi yang mempunyai wang lebih, mereka akan
membuat sedikit pengubahsuaian kediaman untuk menampakkan kelainan. Jangan berlebihan dalam berbelanja tambahan pula dengan
keadaan ekonomi kita yang tidak menentu.Sedikit tips untuk anda yang merancang mengubahsuai kediaman.
Kenal Pasti Bahagian Diubahsuai
Melakukan pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang rapi
supaya tidak ada sebarang masalah kaiak. Sebaiknya selidik dan buat
perbandingan harga terlebih dahulu sebelum memilih siapakah pereka yang
boleh melakukan kerja-kerja tersebut. Selain itu, pilih bahagian mana
yang ingin diubahsuai terutama yang memerlukan pembaikan dan penting
sahaja. Tak perlu membuat pengubahsuaian keseluruhan kediaman kerana itu
hanya akan membazirkan duit sahaja. Setelah membuat pilihan yang
penting, tentukan berapa anggaran yang diperlukan bahagian tersebut.
Kesan Pengubahsuai Yang Menyeluruh
Sebaiknya, pastikan bahagian yang dipilih untuk diubahsuai mampu memberi impak rumah secara keseluruhan.Contohnya, dapur, pengubahsuaian untuk menampakkan keluasan secara tak
langsung akan memberikan `jiwa' baru kepada penghuni di dalamnya. Malah,
ia dapat memuatkan lebih ramai tetamu tatkala berkunjung di hari raya.
Dalam masa yang sama juga, pemilihan warna baru tentunya menambahkan
lagi keserian bahagian dapur tersebut. Sebaiknya, berbincang terlebih dahulu dengan pakar cat ataupun pereka
yang anda ambil sebelum memilih warna, bimbang nanti tidak sesuai
dengan suasana di dalamnya.
Perancangan Teliti
Dalam pada itu, perancangan yang rapi akan memudahkan kerja selain
tidak membuatkan anda menjadi kelam-kabut. Hindari untuk membuat
perubahan di saat-saat akhir kerana ia akan membabitkan kos yang banyak. Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan dalam soal pemilihan perabot
baru. Walaupun bahagian dapur yang diubah suai misainya tak memerlukan
banyak perabot, namun tak ada salahnya jika anda mahu meletakkan
perhiasan baru untuk menambahkan keserian bahagian tersebut.
Kitar Semula
Bagi yang ingin menjimatkan kos, gunakan kembali perabot lama. Apa
yang perlu hanyalah idea yang kreatif untuk menghasilkan ruang yang
cukup menarik. Sebagai contoh, meja belajar kayu yang sudah tidak di
gunakan, boleh saja anda jadikan meja dapur. Bahagian atasnya boleh
digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja memotong atau
memasak, manakala almari bahagian bawahnya boleh anda gunakan sebagai
tempat untuk menyimpan barang-barang dapur. Bagi menampakkan kekemasan
dan seakan-akan baru, anda boleh mengecatnya.Apa yang pasti, ia sudah dapat menjimatkan sedikit kos anda dengan cara sebegini kan.
Bagi anda yang bercadang untuk mengUBAHSUAI KEDIAMAN dalam jangka waktu terdekat, pihak kami boleh membantu dari penyediaan sebut harga (percuma) sehingga siap ubahsuai ( termasuk dokumentasi dengan PBT, CIDB, PERUNDING&ARKITEK). Hubungi FAEZAL 012-622 6624
Bagi anda yang bercadang untuk mengUBAHSUAI KEDIAMAN dalam jangka waktu terdekat, pihak kami boleh membantu dari penyediaan sebut harga (percuma) sehingga siap ubahsuai ( termasuk dokumentasi dengan PBT, CIDB, PERUNDING&ARKITEK). Hubungi FAEZAL 012-622 6624
No comments:
Post a Comment