Kita sering kali merasa mushkil untuk memilih cat dari jenis bagaiman untuk ruang tamu. Cat sering menjadi pilihan buat individu yang mahukan
transformasi efisien dan pantas. Namun tidak ramai yang mengambil tahu
bagaimana memilih warna yang tepat mengikut keperluan mereka.
1.Bagaimana menentukan pilihan warna cat untuk ruang tamu?
Pertimbangkan keluasan. Anda perlu mempertimbangkan
keluasan dalaman kediaman terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika saiz
kediaman anda kecil, pilihlah cat berwarna terang. Jika kediaman
bersaiz besar pula, pilihlah cat berwarna gelap atau terang. Ramai
pemilik yang menukar cat setiap tahun, bukan menukar perabot!
Jadi, anda perlu mengambil kira apakah warna yang terdapat
pada elemen-elemen atau barang sedia ada di ruangan kediaman anda
sebelum memilih warna cat. Setelah kenal pasti, gabungkan warna sedia
ada dengan warna cat terbaru pilihan anda tersebut. trend warna
popular. Jika anda menghuni kediaman baru, membuat pilihan warna cat
pastinya lebih mudah.
Bagaimanapun ia perlu sesuai dengan keluasan
ruang. Trend warna yang diuar-uarkan pada penghujung tahun oleh pakar
warna juga boleh memberi panduan kepada anda untuk mengetahui warna
mana yang akan popular. latar belakang keluarga. tanya pada diri apakah
anda sudah berkeluarga? Masih bujang? Mempunyai anak?
Semua ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi pemilihan
warna anda nanti. Warna kelabu misalnya, sesuai untuk individu yang
suka bersendirian. Namun ia tidak sesuai digunakan jika anda mempunyai
anak-anak. Perlu diketahui juga pilihan warna kini bukan lagi mengikut
jantina. ia subjektif mengikut keselesaan dan kegemaran anda. walau apa
sahaja warna yang dipilih, pastikan ia jatuh pada hue atau shade yang
sesuai.
2. Apakah antara warna selamat di ruang tamu?
Antara warna selamat yang boleh difikirkan terdiri daripada
keluarga kuning, putih, krim atau beige serta warna mewah terang bagi
menampilkan efek mewah dan klasik.
3. Apakah gaya cat terbaik di ruang tamu?
Dinding setiap ruang terbahagi kepada ruang dinding tumpu
(feature wall) dan ruang biasa. Dinding tumpu sesuai dengan aplikasi
cat berwarna gelap, manakala dinding biasa pula sesuai menggunakan cat
berwarna terang.
4. Apakah kelebihan menggunakan cat?
Sebagaimana yang kita tahu, mengecat memerlukan penyeliaan
yang minimum, murah serta kaedah rawatannya yang mudah. Anda tidak
perlu risau untuk membersihkan dinding kerana terdapat jenis cat yang
mudah dibersihkan dan tahan lebih lama sehingga beberapa tahun.
5. Apakah jenis cat yang terdapat di pasaran?
Cat terbahagi kepada matte dan glossy. Pilih cat jenis
matte untuk menutup kecacatan permukaan dinding yang tidak rata.
Manakala cat jenis glossy pula sesuai untuk menonjolkan kehebatan di
latar dinding berpermukaan rata. Cara terbaik mengecat adalah
menyapukan permukaan dinding dengan under coat Majestic Primer serta
diikuti dengan dua kali sapuan cat mengikut warna pilihan anda.
Untuk
ruang tamu dan ruang interior kediaman, Jotun menawarkan rangkaian
warna-warna menarik dari Majestic Optima, Majestic Pearl Silk dan
Majestic Royale Matt. Ini bukan bertujuan promosi, tetapi saya lebih selesa menggunakan cat dari jenis ini.
Selain daripada pilihan warna menarik, rangkaian cat
Majestic juga mementingkan suasana alam, kurang bau, mudah dibersihkan,
warna tahan lama, mampu menutup keretakan dan juga rendah VOC.
Kertas
dinding juga menawarkan banyak pilihan paten, tekstur dan warna, sekali gus
menjadikan penampilan ruang lebih mempesonakan dengan paparan dekorasi
yang tidak dapat dicapai menggunakan medium catan biasa. Kertas dinding
atau kemasan dinding juga kini semakin popular lantaran dapat
membangkitkan impak dekorasi dalaman kediama. Terpulang pada anda menentukan gaya ruang tamu anda.
kredit kepada IMPIANA untuk artikel ini, dan ada juga item dan ayat yang saya tambah bagi menonjolkan gaya ruang tamu
Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013
Search This Blog
Ubahsuai Kediaman
Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!-- start -->
No comments:
Post a Comment