- Sediakan peralatan mengecat iaitu cat, roller cat, berus, bekas roller, batang penyapu (kayu untuk mengecat ruang tinggi), kertas akhbar, pengikis cat, pakaian, topi dan air.
- Anggaran jumlah cat perlu bergantung kepada saiz ruang yang ingin di cat.
- Terdapat pelbagai pilihan cat di pasaran. Pilih cat yang bermutu untuk mengelak ia mudah berkulat.
- Sebelum memulakan proses mengecat, periksa dinding rumah anda terdahulu. Jika terdapat cat lama yang mengelupas, pastikan cat tersebut dibuang menggunakan pengikis cat.
- Tampal lubang-lubang paku atau retakan dinding anda menggunakan simen atau plaster.
- Jika terdapat dinding yang tidak rata, kertas pasir boleh digunakan untuk meratakan dinding tersebut.
- Alas lantai rumah anda dengan kertas atau canvas untuk menghalang
cat tumpah ke lantai. Jika tertumpah, pastikan ia dilap segera kerana
jika cat telah kering, amat sukar untuk tanggalkannya.
- Jika cat lama anda berwarna terang atau gelap, pastikan anda menggunakan 1 lapisan cat putih untuk menutup cat tersebut. Ini memudahkan dan menjimatkan cat apabila anda mengecat.
- Semasa mengecat, pastikan ia dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas. Ikutaliran cat untuk pastikan ia rata.
- Setelah mengecat dengan warna pilihan anda, pastikan oa kering dan buat lagi 2 lapisan untuk kemasan.
- Gunakan berus untuk ruang-ruang sempit dan penghujung dinding.
- Pastikan sapuan cat anda rata.
Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013
Search This Blog
Ubahsuai Kediaman
Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013
26 November 2012
Panduan Mengecat Kediaman
Mengecat bukanlah tugas yang mudah terutama jika ingin mengecat ruang
yang besar. Jika anda ingin melakukan sendiri kerja-kerja mengecat
rumah, tips berikut boleh diambil perhatian:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!-- start -->
No comments:
Post a Comment