BAGI memanfaatkan ruang dapur, pelbagai aspek perlu diambil kira khususnya sebelum membentuk ruang berkenaan.Langkah pertama adalah memahami kehendak pemilik, fungsi dan keperluan untuk ruang dapur itu.
Ia menjadikan susun atur dapur lebih sistematik dan memenuhi kehendak pemilik dapur.
Malah, pemilik perlu banyak membuat rujukan pada buku-buku, rakan-rakan, keluarga dan mendapatkan khidmat nasihat mereka yang berpengalaman dalam bidang hiasan dalaman. Ini bagi mengelak bajet berlebihan.
Malah, pemilik perlu banyak membuat rujukan pada buku-buku, rakan-rakan, keluarga dan mendapatkan khidmat nasihat mereka yang berpengalaman dalam bidang hiasan dalaman. Ini bagi mengelak bajet berlebihan.
Seterusnya, tentukan reka bentuk sesuai dengan keluasan kediaman. Susun atur dapur ‘single line,’ ‘double line’ dan L sesuai untuk dapur yang berkeluasan terhad serta sederhana seperti apartmen atau kondominium.
Sementara bentuk U dan bentuk pulau lebih bersesuaian dengan dapur luas saiz lebih daripada 100 kaki persegi seperti rumah semi D atau banglo.
Bagaimanapun, faktor pergerakan, pencahayaan, pengudaraan adalah elemen asas yang perlu dititik beratkan. Dalam membentuk dapur berkeluasan terhad sebenarnya memberi cabaran minda yang maksimum. Hakikatnya anda perlu bersikap terbuka dan positif untuk menggunakan setiap pelosok ruang dapur dengan sebaik mungkin.
Anda juga perlu bijak mengatur ruang dan menempatkan keperluan yang asas saja iaitu ruang mencuci, ruang memasak, ruang penyediaan dan penyimpanan. Pada masa sama pengubahsuaian ruang terhad boleh dilakukan termasuk kediaman jenis pangsapuri, apartmen dan kondominium.
Idea pengubahsuaian yang ideal untuk ruang dapur yang terhad adalah ringkas dan tampil bergaya. Kini terdapat pelbagai pilihan material di pasaran untuk pintu kabinet. Malah, anda boleh memilih pintu kabinet dari ‘solid wood,’ ‘lamintaed finish,’ ‘glass spray’ dan ‘mdf spray board.’
Sementara permukaan kaunter kerja jika menggunakan material konkrit boleh dipasang kemasan jubin. Anda juga boleh menggunakan material seperti ‘solid surface,’ kemasan berlamina, granit atau marmar.
Bagi kemasan lantai dan dinding, pilih material yang sesuai dengan konsep serta bajet. Biar apa pun pilihan anda bagi ruang dapur yang terhad, dicadangkan supaya memilih material yang tampak ringan dan ringkas.
Ini kerana jika memilih material penuh dengan corak boleh menyempitkan ruang dapur yang kecil.
No comments:
Post a Comment