kredit Hmetro
DALAM usaha menzahirkan kreativiti penggayaan ruang, anda tidak seharusnya mengabaikan aspek keselesaan dan kekemasan.
Berikut beberapa langkah yang wajar anda ikuti dalam memastikan penataan ruang dapur kelihatan menarik dan terjaga rapi:
Rancang teliti binaan kabinet supaya kewujudannya tidak
mengambil sebahagian besar ruang. Ia boleh dimanfaatkan dan memberi
tempat kepada perkakas dapur lain seperti mesin basuh dan peti sejuk.
Bagi kediaman jenis kondominium atau pangsapuri, kedudukan
ruang dapur perlu selari dengan ruang tamu. Jika tidak menempatkan
kabinet siap dipasang unit gantung, ruang dapur seperti ini boleh diubah
keluasannya.
Menghias dapur sempit sebenarnya menguji minda dan
bagi mewujudkan ruang lebih luas, anda disarankan tidak keterlaluan
hingga hilang kreativiti.
Wujudkan suasana kemas dan bersih di ruang dapur dengan hanya gaya hiasan ringkas perkakas dapur atau peralatan elektrik.
Cipta suasana mempunyai udara dengan membina laluan pergerakan yang lebar dan
luas berbanding ukuran biasa.
Wujudkan kawasan pelbagai kegunaan seperti binaan kabinet
berbentuk pulau yang boleh dijadikan meja makan atau tempat hidangan
berselerak atau meja makan.
Kabinet siap dipasang boleh diubah suai kegunaannya dan susun atur barangan di dalam ruang penyimpanannya.
Ruang dapur boleh ditukar penampilannya dari segi kemasan, warna dan gaya pilihan pintu kabinet.
Kabinet berwarna cerah dengan cat dan jubin sedondon lebih digalakkan.
Wujudkan tempat penyimpanan bijak supaya setiap sudut
kabinet dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus mengurangkan pembaziran
ruang.
Anda digalakkan menjamu tetamu di luar ruang dapur supaya
tidak mengganggu proses penyediaan makanan dan keselesaan seisi
keluarga.
No comments:
Post a Comment