Kerja mengecat sebenarnya tidak boleh dilakukan sesuka hati saja.
Untuk mendapatkan hasil yang baik beberapa perkara perlu di ambil kira
terutama jika kerja mengecat membabitkan kawasan di luar kediaman.
Waktu
yang paling sesuai untuk mengecat luar kediaman adalah pada waktu pagi
dan petang iaitu ketika matahari tidak terik.
Ini kerana sesetengah cat
cepat kering dan tidak digalakkan mengecat pada waktu panas terik kerana
ia memberi tindakan kimia kepada cat yang digunakan. Apabila cat cepat
kering akan menyebabkan cat merekah. Elakkan mengecat pada waktu hujan
kerana ia menyebabkan cat hilang.
Tip: Langkah kerja mengecat
Siling - Amalkan mengecat bahagian siling dulu bagi mengelakkan cat menitis terus ke atas permukaan lantai dan dinding.
Dinding - Cat sempadan dulu selanjutnya menghala ke bawah.
Sentiasa mulakan dengan mengecat tingkap terletak di hujung bilik dan
jauh dari sumber cahaya bagi memudahkan anda melihat bahagian kawasan
yang sudah selesai dicat.
Tingkap dan pintu - Sebelum mula, lindungi bahagian yang
tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan sebagainya. Bagi
tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu baru diikuti bingkai serta
rangka yang lain. Sementara, untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu
sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala tubir pintu dicat
akhir sekali.
Lantai - Ia dicat selepas dinding dan bahagian lain kering
sepenuhnya. Bagaimanapun, pastikan lantai dibersih terlebih dulu kerana
partikel habuk dan butir pasir menjadikan cat dilihat menggerutu dan
tidak rata.
No comments:
Post a Comment