Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

04 December 2012

Asas Membina Kabinet Dapur

Kabinet dapur adalah satu binaan yang di bina bertujuan untuk memberi gaya penataan di ruang dapur. Pada asasnya binaan kabinet dapur boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu;

1. Badan kabinet
2. Pintu kabinet
3. Aksesori

Badan Kabinet



Badan kabinet merupakan bahagian yang menampung barangan yang bakal kita simpan dalam kabinet kita. Dengan kata lain badan kabinet menampung beban berat semua barangan berkenaan termasuk juga beban beratnya sendiri, pintu-pintu kabinet serta semua aksesori yang dipasang. Ini bermakna, badan kabinet perlu dibina dari bahan yang kukuh jika ketahanan menjadi keutamaan.

Kami di Zolmar Enterprise selalu mengesyorkan supaya pelanggan memilih badan kabinet yang dibina menggunakan ply bertetulang. Bagi kami ia adalah pilihan binaan yang paling baik untuk badan kabinet yang kuat dan tahan lasak dengan harga yang berpatutan.

Walaupun ply secara sendirinya tidak setebal dan sekuat kayu solid, ia menjadi kuat apabila diperkukuhkan dengan tetulang beluti yang diapit, dipaku dan digam di antara 2 kepingan ply. Biasanya ply dari kayu berkualiti seperti nyatoh, semangkok, oak dan sebagainya dipasang di sebelah luar dan ply berformika putih diletakkan di sebelah dalam.

Ringan dan kuat adalah ciri penting bagi badan kabinet yang ideal dan ini dapat dicapai dengan menggunakan ply diperkukuh. Jika badan kabinet itu sendiri sudah berat dan daya kekuatannya pula kurang sudah tentu kabinet dapur anda tidak akan mampu bertahan lama.

Chipboard adalah contoh bahan binaan yang solid, berat tetapi kurang mempunyai kekuatan. Bagaimanapun ia seringkali menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah. Kenapa murah? Sebab kerja membina kabinet mengunakan chipboard senang dan cepat. Hanya perlu potong mengikut saiz dan pasang.

Badan dari kepingan ply diperkukuh pula terpaksa melalui proses kerja yang lebih rumit, memerlukan kemahiran dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan. Oleh itu harganya lebih mahal sedikit. Tetapi jika ketahanan menjadi keutamaan anda, binalah badan kabinet anda melalui kaedah ini. Ia berbaloi dengan nilai wang yang anda belanjakan.

Pintu Kabinet

Pintu-pintu kabinet adalah komponen yang memberi karakter kepada dapur anda. Samada dapur anda akan kelihatan moden, tradisional, English dan sebagainya adalah bergantung kepada pintu kabinet anda. Corak, kemasan, warna dan aksesori pintu kabinet dapur anda memainkan peranan dalam menjelmakan gaya atau konsep dapur yang anda ingini.

Ada banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembinaan pintu-pintu kabinet. Antara yang popular adalah kayu solid, chipboard, MDF board, kaca, akrilik, aluminium, keluli tahan karat dan beberapa lagi. Sesuatu pintu tidak semestinya menggunakan satu bahan saja malah biasanya pereka akan menggabungkan bahan-bahan berkenaan sesuai dengan konsep atau gaya yang ingin ditonjolkan.

Aksesori

Aksesori kabinet juga merupakan komponen penting dalam pembinaan kabinet moden. Ia melengkapkan kabinet anda agar menjadi lebih praktikal. Pernahkah anda melihat kabinet dapur yang dibina tanpa sebarang aksesori? Misalnya, kabinet dapur cantik dan gagah tapi tidak dilengkapi rak pengering pinggan mangkuk. Terpaksa beli set dari luar dan bila diletakkan di dapur ia mengganggu ruang atau dapur kelihatan ‘semak’.




Sebenarnya ada banyak aksesori kabinet dapur yang boleh anda pasang terus di dalam sistem kabinet anda. Jika anda membuat perancangan yang betul dan memasang aksesori yang betul, kabinet dapur anda bukan saja akan menawarkan ruang untuk anda menyimpan segala barangan keperluan bahkan ia memudahkan anda melakukan kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan seterusnya memudahkan pula kerja-kerja mencari dan mengeluarkannya.

Dengan pemilihan aksesori yang bijak, dapur anda mampu menjadi sebuah dapur yang amat ergonomik dan anda pasti selesa bekerja di sana. Jika anda kurang pasti apakah aksesori-aksesori yang patut ada dalam sistem kabinet dapur anda, mintalah bantuan atau pendapat pereka atau kontraktor yang akan membina kabinet dapur anda itu.

artikel di atas adalah dari sini dan di oleh sedikit.

1 comment:


  1. Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman syarikat, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan meraikan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com

    Maklumat Peminjam:

    Nama penuh: _______________
    Negara: __________________
    Seks: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
    Tempoh Pinjaman: ____________
    Pinjaman destinasi: _____________
    Nombor telefon: ________
    Ibu maria

    ReplyDelete

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.