Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

02 November 2012

Tips Ubahsuai Kediaman

Kita akan mengalami masalah apabila tibul isu UBAHSUAI RUMAH. Bagi yang mempunyai wang lebih, mereka akan membuat sedikit pengubahsuaian kediaman untuk menampakkan kelainan. Jangan berlebihan dalam berbelanja tambahan pula dengan keadaan ekonomi kita yang tidak menentu.Sedikit tips untuk anda yang merancang mengubahsuai kediaman.


Kenal Pasti Bahagian Diubahsuai
 
Melakukan pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang rapi supaya tidak ada sebarang masalah kaiak. Sebaiknya selidik dan buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum memilih siapakah pereka yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut. Selain itu, pilih bahagian mana yang ingin diubahsuai terutama yang memerlukan pembaikan dan penting sahaja. Tak perlu membuat pengubahsuaian keseluruhan kediaman kerana itu hanya akan membazirkan duit sahaja. Setelah membuat pilihan yang penting, tentukan berapa anggaran yang diperlukan bahagian tersebut. 

Kesan Pengubahsuai Yang Menyeluruh
 
Sebaiknya, pastikan bahagian yang dipilih untuk diubahsuai mampu memberi impak rumah secara keseluruhan.Contohnya, dapur, pengubahsuaian untuk menampakkan keluasan secara tak langsung akan memberikan `jiwa' baru kepada penghuni di dalamnya. Malah, ia dapat memuatkan lebih ramai tetamu tatkala berkunjung di hari raya. Dalam masa yang sama juga, pemilihan warna baru tentunya menambahkan lagi keserian bahagian dapur tersebut. Sebaiknya, berbincang terlebih dahulu dengan pakar cat ataupun pereka yang anda ambil sebelum memilih warna, bimbang nanti tidak sesuai dengan suasana di dalamnya.

Perancangan Teliti

Dalam pada itu, perancangan yang rapi akan memudahkan kerja selain tidak membuatkan anda menjadi kelam-kabut. Hindari untuk membuat perubahan di saat-saat akhir kerana ia akan membabitkan kos yang banyak. Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan dalam soal pemilihan perabot baru. Walaupun bahagian dapur yang diubah suai misainya tak memerlukan banyak perabot, namun tak ada salahnya jika anda mahu meletakkan perhiasan baru untuk menambahkan keserian bahagian tersebut.
 
Kitar Semula 

Bagi yang ingin menjimatkan kos, gunakan kembali perabot lama. Apa yang perlu hanyalah idea yang kreatif untuk menghasilkan ruang yang cukup menarik. Sebagai contoh, meja belajar kayu yang sudah tidak di gunakan, boleh saja anda jadikan meja dapur. Bahagian atasnya boleh digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja memotong atau memasak, manakala almari bahagian bawahnya boleh anda gunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang dapur. Bagi menampakkan kekemasan dan seakan-akan baru, anda boleh mengecatnya.Apa yang pasti, ia sudah dapat menjimatkan sedikit kos anda dengan cara sebegini kan.

Bagi anda yang bercadang untuk mengUBAHSUAI KEDIAMAN dalam jangka waktu terdekat, pihak kami boleh membantu dari penyediaan sebut harga (percuma) sehingga siap ubahsuai ( termasuk dokumentasi dengan PBT, CIDB, PERUNDING&ARKITEK). Hubungi FAEZAL 012-622 6624

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.