Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

20 November 2012

Ruang Tamu Lebih Cantik

Kita sering kali merasa mushkil untuk memilih cat dari jenis bagaiman untuk ruang tamu. Cat sering menjadi pilihan buat individu yang mahukan transformasi efisien dan pantas. Namun tidak ramai yang mengambil tahu bagaimana memilih warna yang tepat mengikut keperluan mereka.



1.Bagaimana menentukan pilihan warna cat untuk ruang tamu?

Pertimbangkan keluasan. Anda perlu mempertimbangkan keluasan dalaman kediaman terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika saiz kediaman anda kecil, pilihlah cat berwarna terang. Jika kediaman bersaiz besar pula, pilihlah cat berwarna gelap atau terang. Ramai pemilik yang menukar cat setiap tahun, bukan menukar perabot!

Jadi, anda perlu mengambil kira apakah warna yang terdapat pada elemen-elemen atau barang sedia ada di ruangan kediaman anda sebelum memilih warna cat. Setelah kenal pasti, gabungkan warna sedia ada dengan warna cat terbaru pilihan anda tersebut. trend warna popular. Jika anda menghuni kediaman baru, membuat pilihan warna cat pastinya lebih mudah.

Bagaimanapun ia perlu sesuai dengan keluasan ruang. Trend warna yang diuar-uarkan pada penghujung tahun oleh pakar warna juga boleh memberi panduan kepada anda untuk mengetahui warna mana yang akan popular. latar belakang keluarga. tanya pada diri apakah anda sudah berkeluarga? Masih bujang? Mempunyai anak?

Semua ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi pemilihan warna anda nanti. Warna kelabu misalnya, sesuai untuk individu yang suka bersendirian. Namun ia tidak sesuai digunakan jika anda mempunyai anak-anak. Perlu diketahui juga pilihan warna kini bukan lagi mengikut jantina. ia subjektif mengikut keselesaan dan kegemaran anda. walau apa sahaja warna yang dipilih, pastikan ia jatuh pada hue atau shade yang sesuai.

2. Apakah antara warna selamat di ruang tamu?

Antara warna selamat yang boleh difikirkan terdiri daripada keluarga kuning, putih, krim atau beige serta warna mewah terang bagi menampilkan efek mewah dan klasik.


3. Apakah gaya cat terbaik di ruang tamu?

Dinding setiap ruang terbahagi kepada ruang dinding tumpu (feature wall) dan ruang biasa. Dinding tumpu sesuai dengan aplikasi cat berwarna gelap, manakala dinding biasa pula sesuai menggunakan cat berwarna terang.

4. Apakah kelebihan menggunakan cat?

Sebagaimana yang kita tahu, mengecat memerlukan penyeliaan yang minimum, murah serta kaedah rawatannya yang mudah. Anda tidak perlu risau untuk membersihkan dinding kerana terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan tahan lebih lama sehingga beberapa tahun.

5. Apakah jenis cat yang terdapat di pasaran?

Cat terbahagi kepada matte dan glossy. Pilih cat jenis matte untuk menutup kecacatan permukaan dinding yang tidak rata. Manakala cat jenis glossy pula sesuai untuk menonjolkan kehebatan di latar dinding berpermukaan rata. Cara terbaik mengecat adalah menyapukan permukaan dinding dengan under coat Majestic Primer serta diikuti dengan dua kali sapuan cat mengikut warna pilihan anda.

Untuk ruang tamu dan ruang interior kediaman, Jotun menawarkan rangkaian warna-warna menarik dari Majestic Optima, Majestic Pearl Silk dan Majestic Royale Matt. Ini bukan bertujuan promosi, tetapi saya lebih selesa menggunakan cat dari jenis ini.



Selain daripada pilihan warna menarik, rangkaian cat Majestic juga mementingkan suasana alam, kurang bau, mudah dibersihkan, warna tahan lama, mampu menutup keretakan dan juga rendah VOC.

Kertas dinding juga menawarkan banyak pilihan paten, tekstur dan warna, sekali gus menjadikan penampilan ruang lebih mempesonakan dengan paparan dekorasi yang tidak dapat dicapai menggunakan medium catan biasa. Kertas dinding atau kemasan dinding juga kini semakin popular lantaran dapat membangkitkan impak dekorasi dalaman kediama. Terpulang pada anda menentukan gaya ruang tamu anda.

kredit kepada IMPIANA untuk artikel ini, dan ada juga item dan ayat yang saya tambah bagi menonjolkan gaya ruang tamu

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.