Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

10 October 2012

Keceriaan Ruang Dalam Rumah



Kos tinggi. Seringkali ianya dikaitkan dengan idea untuk menukar konsep penataan ruang rumah kita. Sekiranya kita mengetahui JALAN KERJANYA, sebenarnya ia dapat menjimatkan bukan sedikit WANG kita dan tidak membebankan OTAK. Apa banyak konsep untuk kita gunakan dalam menata hias ruang rumah kita.



Tetapi kebanyakan dari kita tidak tahu konsep yang jelas untuk dipadan dan reka letak bagi mendapatkan ruang rumah kita agar lebih kemas dan HEBAT.  Jika kita perhatikan, untuk mendapatkan konsep untuk ruang rumah kita, sebenarnya senang. Ianya terdiri daripada ;

1. Siling.

Ia merupakan elemen terpenting dalam kawasan / ruang rumah. Jika hiasan di siling kena dengan konsep yang kita inginkan, maka keceriaan rumah akan terserlah. Selain itu, siling juga boleh di cat dengan pelbagai warna bersesuain dengan konsep yang KITA inginkan.

2. Dinding

Ianya merupaka FAKTOR yang perlu diambil kira jika kita berfikir untuk mengubah hiasan rumah. Anda tetapkan konsep dan pilih warna yang anda fikitkan sesuai. Anda dinasihatkan guna cat dari jenis VINIL untuk mendapatkan kesan berkilat kemasan MATTE untuk permukaan tidak rata. sesekali anda digalakkan mencuba  kelainan di dinding rumah, dengan meletakkan CHEQUERED STYLE.

3. Lantai.

Lantai sebenarnya amat senang dijaga dan tidak perlu untuk menukar segala kemasannya. Ada wang lebih, beli sahaja permaidani. Pastinya dapat mengembalikan kecerian rumah anda. Jika berani mencuba, gunakan simen WARNA untuk kawasan lantai yang anda fikirkan dapat mengembalikan kecerain rumah anda sendiri.

4. Perabot.

Untuk anda yang banyak WANG, boleh menukar perabot. Bagi yang kurang berkemampuan gunakan kembali perabot lama dan ubah sisi perabot. Ada sebuah rumah di Bukit Beruang, tuan rumahnya berani MENCAMPURKAN pelbagai warna cat dan hasilnya, AMAT MENCERIAKAN rumah. Tambah dan tukarkan THROW di ruang tamu untuk kesan dan kesesuain di ruang tamu anda.

5. Lampu

Jika mampu, tambahkan eksesori di lampu anda dan tukarkan lampu untuk kesan dan MUD yang pelbagai. Gunakan lampu terendak untuk menjimatkan kos.



* Idea dan bahan datang dari pelbagai sumber... terima kasih..
Kesini untuk teknik ubahsuai

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.