Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

11 October 2012

Cara Pinjaman Perumahan ( INFO)




Program ini dilaksanakan melalui akaun amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan kepada golongan yang berpendapatan rendah.Kumpulanwang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976. Akaun ini merupakan Kumpulanwang Pusingan berjumlah RM70juta untuk memberi pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah bagi membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap.


Skim Pinjaman Perumahan bertujuan untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina atau membeli rumah kos rendah yang siap dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas. Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.

Skim pinjaman ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara terus dengan peminjam dan dibiayai daripada tabung pusingan Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Pendapatan Rendah. Kadar pinjaman maksimum ialah sebanyak RM20,000.00 dengan RM10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki sebanyak RM10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%.

Golongan sasaran skim ini adalah isirumah yang berpendapatan di antara RM500.00 hingga RM1,200.00 sebulan yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap.

Syarat-syarat Pinjaman

- Pinjaman Skim ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:   
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 48 tahun.
- RM 20,000.00
- Antara 5 hingga 20 tahun
- Pinjaman RM 10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki    
   sebanyak RM 10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%.
- Di antara RM500.00 hingga RM1,200 sebulan
- Untuk membina rumah baru yang kosnya tidak melebihi RM 25,000.00 atau membeli rumah kos 
   rendah yang siap mengikut harga rumah kos rendah berdasarkan kawasan/lokasi.
- Untuk pembinaan rumah baru, peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan 
  digunakan sebagai cagaran.
- Untuk pembelian rumah kos rendah yang telah siap, tanah dan rumah yang dibeli hendaklah 
  digunakan sebagai cagaran.
- Pemohon belum mempunyai rumah sendiri.             
- Pemohon bukan kakitangan kerajaan, badan berkanun dan Institusi Kewangan.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.