Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

16 March 2012

Tip Menjaga Kemasan Lantai

 terima kasih, informasi
 

Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya.

Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. Berikut tips untuk menjaga kemasan lantai rumah anda :

JUBIN

1.Pemasangan jubin

Penjagaan jubin bermula daripada hari pertama ia dipasang. Seelok-eloknya, jubin yang dipasang tidak dipijak empat hari selepas dipasang. Sesuai dipijak dan digunakan secara lasak setelah dua minggu dipasang.

2.Cara menjaga jubin

-Sering diberus jika kotor, bilas dengan air kemudian dilap kering. Jangan membiarkan jubin dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita.

-Membersihkan kotoran simen yang melekat pada jubin dengan menggunakan pencuci asid yang sesuai.Ini boleh didapatkan di kedai hardware. Contohnya, asid sulfurik boleh sesuai untuk membersihkan karat serta dakwat. 

Pencuci biasa yang beralkali pula sesuai untuk membersihkan kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain. Kerosen atau minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.

Tips mudah mencuci lantai jenis seramik atau geranit: Cucilah dengan menggunakan bahan pencuci berasid lembut jika ia baru sahaja dipasang. Memadai mencuci kotoran minyak, gris dsb dengan air panas. Caranya, campurkan bahan pencuci ke dalam air panas dan biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dicuci.

3. Petua orang lama jangan dilupakan.

Walaupun di pasaran sudah ada banyak bahan pencuci yang berkesan tetapi kita juga boleh mengamalkan petua dahulu kala. Sedikit sebanyak mungkin lebih menjimatkan wang dan belanja.

Jubin seperti marmar yang sudah lama biasanya akan menjadi pudar dan kurang berkilat lagi.Anda boleh mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan.

4. Jubin anda berkulat?

Walaupun kelihatan kukuh, jubin juga boleh berkulat dan akan merosakkan pemandangan. Biasanya jubin yang rosak disebabkan oleh kulat, lumut dan kotoran yang jarang dibersihkan. 

Mudah untuk menghilangkannya, dengan menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik. 

Jika kotorannya sangat degil, letakkan kain yang telah dibasahkan dengan cuka atau jus limau terlebih dahulu, kemudian biarkan selama beberapa jam sebelum memberus dan membilas.

 Bagi jubin yang berkulat atau berlumut, lebih mudah anda lap sahaja dengan kain bercampur cuka, biarkan seketika kemudian beruslah dengan berus gigi lama.

LANTAI KAYU

Kini, lantai kayu menjadi trend bagi menggantikan jubin. Ini disebabkan kemasan kayu mencerminkan penampilan yang lebih natural dan klasik. Jika dahulu lantai kayu jenis parquet sering dipasang di dalam bilik tidur, tetapi kini lantai berlaminet lebih luas penggunaannya. 

Ia boleh menghiasi lantai di ruang tamu, ruang makan, malah sesetengahnya di dapur atau bilik rehat. Walau bagaimanapun setiap yang indah itu perlulah dijaga rapi agar keindahannya terpelihara.

1. Kita boleh meletakkan alas kaki sebelum ke setiap ruang yang dihiasi lantai kayu. Tujuannya untuk mengelakkan pasir,batu-batu halus atau rumput terbawa ke ruang tamu ketika melangkah masuk. 

Unsur-unsur tersebut boleh mencalarkan lantai kayu dan menjejaskan teksturnya . Walau bagaimanapun, jadikan tabiat menyapu lantai setiap hari satu kebiasaan agar rumah kita sentiasa bersih dan bebas dari habuk degil tersebut ataupun menggunakan pembersih hampagas.

2. Ketika membersihkan lantai, hindari mengelapnya dengan kain yang terlalu basah. Terlebih dahulu, biasakan diri menyedut permukaan kayu dengan pembersih hampagas sebelum menyapu atau mengemop.

3. Jika permukaan kayu ditumpahi makanan, minuman dan sebagainya, lapkan segera dan jangan biarkan ia meresap ke dalam kayu tersebut. Sebaik-baiknya, kita halakan kipas angin ke tempat yang lembab untuk mengelakkan kelembapan masuk ke dalam kayu dan menjadikannya menggelembung atau merekah.

4. Alaskan perabot dengan pengalasnya agar tidak merosakkan permukaan lantai kayu.

5. Hindari memijak lantai kayu dengan kasut bertumit tinggi kerana dikhuatiri meninggalkan kesan lekuk dari sehari ke sehari.

6. Jangan membersihkan lantai kayu dengan bahan kimia atau wax (lilin) kerana ini mengakibatkan kusam, atau lantai menjadi sangat licin.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.