Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

30 March 2012

Asas Kediaman Dalam Islam

 

RUMAH atau kediaman dalam Islam sering dikaitkan dengan syurga. Mendirikan rumah tangga di kalangan orang Melayu adalah ibarat mendirikan masjid. Sementara mendirikan masjid pula adalah ibarat mendirikan syurga.

Jika masjid melambangkan alam besar (makrokosmos), maka rumah kediaman pula dilambangkan sebagai alam kecil (mikrokosmos).


Rumah adalah ekspresi atau salinan kepada tuan rumah. Kalau rumah dianggap sebagai pembalut dan tuan rumah sebagai inti atau rumah sebagai jasad dan tuan rumah pula sebagai rohnya. Bilik dianggap sebagai kalbu bagi seseorang, di mana ia menjadi tempat manusia mendapat ilham, berfikir, merancang segala-gala yang berhubung dengan kehidupan dunia dan akhirat. Kalau kalbu memerintah seluruh anggota manusia begitu jugalah kuasa yang datang daripada dalam bilik ini ke atas seluruh rumah.

Rumah kediaman sebagai keperluan diri dan keluarga daripada perspektif Islam sebenarnya ialah rumah kediaman yang dibina atas asas-asas takwa kepada Allah s.w.t. dan disokong oleh as-sunah. Islam telah menetapkan peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi umat Islam. Rumah kediaman Islam hendaklah merealisasikan konsep kesederhanaan dalam semua urusan mencakupi material dan spiritual.

Kesederhanaan dari sudut material dapat dilihat menerusi saiz dan reka bentuk sesebuah rumah, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan rumah tangga. Dari segi saiz kediaman dan reka bentuk seni bina, Islam menganjurkan kesederhanaan yang disesuaikan dengan keperluan. Keluasan saiz rumah kediaman hendaklah berdasarkan jumlah ahli keluarga dan kegunaan ruangruang yang diperlukan demi menyediakan ciri-ciri keselesaan dan kesejahteraan seisi penghuninya. Rumah kediaman yang terlalu besar dengan reka bentuk yang terlalu indah dianggap sebagi suatu pembaziran jika keperluan terhadapnya tidak dipenuhi, misalnya jika dibandingkan dengan keperluan penghuni yang menghuni rumah tersebut.

Rumah kediaman ideal merealisasikan konsep kejiranan dan silaturahim.

Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa seseorang yang menjadikan jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatan-kejahatan yang dilakukannya tidak dianggap benar-benar beriman.
Sungguhpun Rasulullah s.a.w. menyifatkan rumah sebagai tempat yang perlu mempunyai perlindungan peribadi, di mana Baginda s.a.w. pernah memberi amaran akan menyucuk mata sesiapa yang mengintai ke dalam rumah orang, tetapi aspek perlindungan peribadi yang dimaksudkan tidaklah sampai menutup pintu silaturahim dengan jiran tetangga.


Dalam Islam, perlindungan peribadi yang diperlukan dalam rumah adalah bagi tujuan bermunajat dengan Allah s.w.t. terutamanya pada waktu malam. Sementara perlindungan peribadi dalam reka bentuk rumah bermakna pembinaan ruang-ruang yang mengambil kira batasan aurat antara muhrim dan bukan muhrim.

Kecenderungan masyarakat membina tembok-tembok dinding tinggi yang menutup dari lingkungan luar dan tetangganya boleh mencetuskan bibit-bibit individualistik dan melunturkan semangat kejiranan. Sebaliknya reka bentuk yang dipilih hendaklah menggambarkan semangat kesediaan menerima kunjungan tetamu pada waktu-waktu tertentu dan tetamu juga merasa diterima dengan baik.

Kehadiran Islam di alam Melayu mempengaruhi aspek arah rumah yang hendak dibina itu disyaratkan menghadap kiblat. Inilah konsep pembinaan rumah kediaman yang ideal dan bertepatan dengan kehendak Islam, di mana Rasulullah s.a.w menyifatkan rumah kediaman laksana sebuah masjid bagi kaum perempuan menunaikan solat fardu dan kaum lelaki menunaikan solat-solat sunat seperti solat hajat, tahajud, witir dan jenazah.

Namun pada hari ini, kiblat tidak lagi diambil kira. Hasilnya ada rumah yang dibeli oleh orang Islam, tetapi kiblatnya menyerong hingga ada yang menghadap ke tandas.

Kiblat adalah titik rujuk di bumi, di mana dalam Islam selain daripada menjadi arah dalam solat, amalan-amalan ibadah yang lain juga dituntut menghadap ke kiblat seperti sembelihan, akad nikah, membaca al-Quran, mandi dan sebagainya.

Bahkan seawal kelahiran manusia ia dibawa menghadap kiblat untuk diazan atau diqamatkan sehinggalah apabila manusia itu meninggal ia dikebumikan juga menghadap ke kiblat.

Rumah kediaman turut memainkan peranan penting dalam mewujudkankebahagiaan kepada seseorang. Kebahagiaan seseorang sebenarnya bermula dari rumah. Kalau di rumah lagi seseorang itu tidak bahagia, maka di pejabat, di masjid dan di mana-mana sahaja dia tidak akan bahagia.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa empat perkara yang boleh menjanjikan kebahagiaan kepada seseorang, iaitu isteri baik, rumah selesa, jiran baik dan kenderaan selesa. Apa yang dimaksudkan dengan rumah selesa oleh Rasulullah s.a.w. bukanlah terletak pada nilai material dan hiasan mewah, bahkan lebih memfokus kepada nilai keimanan dan ketakwaan yang ada pada penghuni rumah.

Rumah ideal ialah di dalamnya selalu mendirikan ibadah kepada Allah s.w.t., rumah yang di dalam menjadi tempat pembentukan nilai-nilai qudwah hasanah (teladan yang baik), ditegakkan syariat Islam, dandapat menghindarkan penghuninya daripada hal-hal yang bertentangan dengan ajaran agama, dan berperanan sebagai tempat pembinaan generasi akan datang.

Secara umumnya konsep rumah kediaman ideal ialah rumah yang mencerminkan tiga hal pokok yang utama, iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t. (hablum minallah), hubungan manusia sesama manusia (hablum minannas) dan hubungan manusia dengan alam (hablum minal alamin).

Adalah menjadi tanggungjawab utama kaum bapa sebagai ketua dalam rumah tangga membentuk konsep rumah yang ideal meliputi aspek kebendaan dan kerohanian seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa faktor rumah menjadi penentu kepada kebahagiaan seseorang manusia.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.