Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

10 November 2011

UbahsSuai Kediaman Mengikut Poket

MENGAPA kita perlu membuat pengubahsuaian? Satu soalan yang perlu dijawab setiap pembeli rumah. Banyak jawapan diterima bila soalan itu diajukan. Antara jawapan adalah pengubahsuaian perlu dilakukan apabila ruang sedia ada tidak boleh lagi menampung keperluan.

Selain itu perancang ruang yang tidak efisien, penggunaan bahan tidak sesuai, bukaan tingkap dan laluan pada pintu tidak memenuhi kehendak semasa adalah antara sebab utama pemilik cuba membuat pengubahsuaian.


Sebelum melakukan pengubahsuaian beberapa perkara perlu diambil kira supaya pelaksanaan lancar dan siap mengikut perancangan dan jadual.


Sumber kewangan


Sebelum sesuatu idea untuk pengubahsuaian timbul, perkara utama yang terlintas dalam fikiran pemilik rumah adalah sumber kewangan bagi menampung kos pengubahsuaian. Apakah sumber kewangan mencukupi untuk menampung keseluruhan idea pengubahsuaian. Antara perkara perlu diambil tahu adalah :

  • Perkenalkan bajet yang realistik.
  • Bandingkan angka yang mampu untuk dibelanjakan dengan nilai pengubahsuaian.
  • Jika ingin membuat pinjaman, buat perbandingan dengan institusi kewangan atau bank berdaftar dan minta nasihat rakan atau saudara yang pernah melakukannya.
  • Jika tidak pasti, berunding dengan juru reka bentuk dalaman profesional untuk mendapat nasihat atau cadangan. Harus diingat perunding reka bentuk dalaman akan mengenakan beberapa peratus bayaran jururunding ke atas rundingan yang dibuat.
  • Buat perbandingan daripada pelbagai kontraktor dan pembekal yang menyedia sebut harga ke atas kerja yang dikehendaki dan barangan yang akan dibekal.

Lebih banyak pengubahsuaian dibuat semakin tinggi kosnya, selain itu anda juga memerlukan sumber kewangan bagi membeli perabot dan kemasan baru.

Dengan bajet yang teratur dan sumber kewangan yang jelas dapat membantu kita membuat keputusan dan menyusun jadual supaya pengubahsuaian dapat disiapkan mengikut tempoh.


Dalam menilai cadangan ubah suai, anda perlu dapatkan setidak-tidaknya tiga cadangan harga daripada kontraktor dan perunding reka bentuk dalaman. Amat penting mendapatkan tiga anggaran harga untuk kita menilai dan membuat keputusan kontraktor yang mana sesuai yang menawarkan harga berpatutan.


Pastikan setiap anggaran tepat dan menyeluruh mengikut cadangan dan hendaklah bertulis untuk rujukan. Jika tidak dibuat secara bertulis akan berlaku pertukaran jumlah harga yang menyebabkan bajet melebihi anggaran. Masalah ini dipanggil kos tersembunyi yang akan menimbul pelbagai masalah di kemudian hari.


Pemilihan perunding dan kontraktor


Sebelum merealisasikan impian rumah anda untuk diubah suai, anda perlu mencari dan memilih rakan perunding reka bentuk dalaman dan kontraktor yang boleh menawarkan khidmat diperlukan.


Fungsi perunding reka bentuk sebagai perunding bagi memberi nasihat dan membuat cadangan reka bentuk secara profesional.

  • Membuat lakaran cadangan dalam bentuk dua dimensi iaitu pelan, keratan dan pandangan sisi.
  • Membuat lakaran cadangan dalam tiga dimensi iaitu pandangan perspektif.
  • Membuat anggaran kos, pilihan kemasan dan jadual pembinaan.
  • Menyedia lukisan kerja-kerja pembinaan mengikut cadangan dan butiran yang dipersetujui.
  • Membuat permohonan untuk mendapat kelulusan dari pihak penguasa tempatan (PBT) dan hal-hal berkaitan kelulusan pembinaan pengubahsuaian.

Kontraktor atau jurubina adalah mereka yang melaksanakan pembinaan mengikut cadangan disediakan perunding reka bentuk dalaman berdasarkan arahan dari segi lukisan pelan dan binaan yang disediakan.
  • Kontraktor akan menyediakan kos pembinaan berdasarkan pilihan bahan dan nilai kerja yang perlu dilakukan.
  • Kontraktor perlu menyiapkan kerja mengikut jadual dan memohon bayaran berdasarkan kos yang dipersetujui mengikut sebut harga dan kontrak.
  • Kontraktor tidak boleh sewenang-wenang membuat kerja yang bukan skop kerja dan memohon bayaran tanpa dipersetujui tuan rumah dan perunding.

Sebelum melantik sama ada perunding reka bentuk dan kontraktor anda perlu berhati-hati terutama mereka cuba melakukan penipuan. Carilah perunding yang berdaftar dengan badan reka bentuk profesional kerana mereka ada skala yuran profesional yang perlu diikuti.

Kaji dan selidik keupayaan perunding dan kontraktor, lihat kerja yang pernah dilakukan. Selepas menyelidik dan anda puas hati barulah membuat keputusan. Jangan buat apa-apa pembayaran sehingga kontraktor membuat kerja awalan dan bayar hanya atas nilai kerja yang dilakukan.


Setiap kerja yang dilakukan mesti mempunyai jaminan terhadap kesan kecacatan kerja dan kontraktor perlu membaiki sebelum semua pembayaran dibuat.


Berdasarkan sokongan dan cadangan dari rakan atau kenalan terhadap sesuatu kontraktor atau juru reka yang pernah melakukan kerja dengan rakan berkenaan dapat membantu kita mengkaji keupayaan dan dapat menjalin hubungan komunikasi yang baik dengan mereka.


Akhir sekali buat pilihan yang tepat dan pastikan pilihan juru reka dan kontraktor yang berdaftar, baik dalam dokumentasi kontrak dan pengurusan projek baik dalam keupayaan tahap kerja yang terdahulu dan mempunyai komunikasi yang baik. Ini semua bagi melancarkan kerja pengubahsuaian dan bagi mencapai impian rumah yang anda impikan.


FAKTA: Petua ubah suai rumah

  • Dapatkan pandangan daripada jiran, kawan atau saudara-mara atau orang yang berpengalaman.
  • Buat perbandingan dan dapatkan beberapa sebut harga.
  • Pastikan mendapat kelulusan pelan pengubahsuaian dan keselamatan daripada pihak berkuasa.
  • Sebelum ubah suai, buat lakaran pelan. Seeloknya dapatkan nasihat pelukis pelan.
  • Upah kontraktor yang boleh dipercayai dan terbukti mutu kerja mereka.
  • Jangan bayar upah sekali gus. Ditakuti kontraktor lari sebelum siap kerja.
  • Pastikan anda mendapatkan bekalan bahan mentah yang berkualiti pada harga munasabah.
  • Jangan serahkan semuanya kepada kontraktor kerana ada kontraktor menggunakan bahan mentah yang murah dan tidak berkualiti.
  • Jika ada masalah ketika kerja pengubahsuaian, bincang dengan kontraktor untuk mengelakkan rasa tidak puas hati apabila rumah siap.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.