Kos untuk kerja pengubahsuaian rumah biasanya amat mahal dan remeh. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum membuat pengubahsuaian. Ada juga yang berpendapat lebih baik membeli rumah yang besar mengikut kemampuan, daripada bercadang mengubah suai apabila rumah siap diduduki. Sebenarnya anda boleh menjimatkan kos pengubahsuai jika anda pandai merancang.
Sebaiknya lakukan pengubahsuaian sebelum berpindah ke rumah baru. Bagaimanapun jika kewangan anda terlalu terhad, jangan terburu-buru membuat pengubahsuaian. Tunggu masa yang sesuai. Sebelum mengubahsuai, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara, antaranya:
a) Dapatkan beberapa sebut harga. Upah murah mungkin boleh dipertimbangkan tetapi anda harus
ingat MURAH BELUM TENTU BERKUALITI.
b) Tanya jiran, kawan atau saudara-mara, orang yang berpengalaman membuat pengubahsuaian.
Pastikan mendapat kelulusan pelan pengubahsuaian dan keselamatan daripada pihak berkuasa
seperti majlis perbandaran. Ini adalah untuk langkah keselamatan.
c) Pastikan anda mengetahui apa yang mahu diubah. Tentukan barang yang dikehendaki, model dan
konsep ruang. Ini akan memudahkan kontraktor mengikut spesifikasi yang sudah ditentukan.
Buat lakaran pelan. Dapatkan nasihat pelukis pelan.
Jangan ubah fikiran ketika kerja sudah separuh siap. Ini bukan saja melambatkan kerja dan melengahkan masa, malah kos pengubahsuaian meningkat hampir DUA kali ganda. Cari kontraktor yang boleh anda percayai dan terbukti akan mutu kerja mereka. Ini boleh diperoleh melalui carian di laman sesawang C.I.D.B, P.K.K atau anda boleh bertanya dengan jiran@ sahabat anda.
Paling penting, jangan bayar upah anda kepada kontraktor SEKALI GUS. Ditakuti kontraktor lari sebelum siap kerja. Banyak terjadi kes - kes seperti ini. Pastikan anda mendapatkan bekalan bahan mentah yang berkualiti pada harga munasabah. Jangan serahkan semuanya kepada kontraktor kerana ada kontraktor menggunakan bahan mentah yang murah dan tidak berkualiti.
Perlu menjenguk sekali-sekala kerja pengubahsuaian supaya kerja berjalan lancar terutama bagi kontraktor yang mengambil upah mengikut bilangan hari bekerja.
Jika ada masalah ketika kerja pengubahsuaian, bincang dengan kontraktor untuk mengelakkan rasa tidak puas hati apabila rumah siap.
Pastikan anda memperuntukkan lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan upah. Ini bertujuan untuk bekalan kecemasan mencukupi sekiranya anda memerlukan perbelanjaan tambahan untuk membeli barang.Anda boleh berjimat dengan mengecat sendiri bahagian yang sudah siap. Di samping itu, anda boleh terus mengecat keseluruhan rumah menggunakan warna yang disukai.
No comments:
Post a Comment