Menghias rumah bukan lagi bebanan kerana boleh dilakukan dengan
merujuk majalah, menonton program televisyen mahupun berkongsi pendapat
dengan rakan. Namun, adakah ia cara terbaik sedangkan kita memerlukan
persekitaran ruang kediaman yang selesa lagi menggambarkan cita rasa
keluarga?
Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah untuk
merancang kediaman selesa lagi kondusif, kita tidak sepatutnya terlalu
terikut-ikut dengan tren sehingga mengabaikan keperluan dan kehendak
peribadi.
Suasana kediaman yang sihat, ceria dan kondusif sebenarnya boleh dirasai sendiri penghuninya apabila berupaya menikmati keseronokan serta keselesaan sebaik melangkah masuk kediaman, bukan ditentukan oleh jurubina, pereka hiasan dalaman mahupun ejen hartanah. Hakikatnya, rumah selesa menggabungkan kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan semangat. Ia adalah tempat untuk berehat, melontarkan segala tekanan serta kebimbangan, menggambarkan personaliti juga ruang persendirian yang diperlukan bagi melindungi diri dari dunia luar.
Kediaman seharusnya mempunyai ruang kondusif dan persekitaran kreatif bagi melakukan segala aktiviti seperti memasak, berkebun dan pelbagai hobi lagi. Bagi yang mampu, boleh mengupah pereka dalaman bagi khidmat nasihat serta cadangan keperluan reka bentuk rumah. Namun, individu yang tidak mempunyai bajet, pasti menghadapi sedikit masalah bagi mendapatkan tata hias diingini.
Apa pun kehendak anda untuk menghias kediaman, beberapa perkara perlu dititik berat, antaranya :

Keperluan
Jangan buat sesuatu pengubahsuaian secara terburu-buru. Sebaliknya, kenal pasti dan fahami dulu kawasan sekeliling selain menilai keperluan sendiri. Jika sumber kewangan mencukupi, lakukan pengubahsuaian sebelum masuk rumah kerana dijamin tidak mengganggu rutin harian.
Bagi yang baru berpindah dan tidak mempunyai bajet, tangguhkan dulu pengubahsuaian sebaliknya perhatikan perkembangan serta perubahan yang mungkin berlaku di kawasan perumahan anda.
Fungsi gaya dan kecantikan
Reka bentuk yang baik dihasilkan menerusi fungsi dan keselesaan. Ia melalui perancangan teliti membabitkan kos dan keseluruhan keperluan. Kediaman selesa bukan ditentukan melalui bahan yang mahal tetapi kesempurnaan cita rasa, gaya, pilihan tepat selain berfungsi.
Kenal pasti keperluan dan kepentingan
Ada pelbagai pilihan gaya kediaman. Namun, pilih yang mampu menggambarkan personaliti anda, misalnya mengambil kira umur juga taraf hidup. Lazimnya, golongan umur 20-an hingga 30-an suka memilih gaya ringkas dan minimal supaya mudah dibersih serta disenggarakan.
Sementara, mereka di usia pertengahan, mempunyai keluarga aktif dan besar memerlukan lebih daripada tiga bilik serta ruang lain untuk aktiviti tertentu. Jika berlaku perubahan, kegunaan ruang berkenaan akan diubah sehingga menepati fungsi diingini.
Justeru, kenal pasti ruang serta kepentingan ahli keluarga berserta cara hidup supaya anda tidak perlu lagi mencari rumah baru atau membuat pengubahsuaian jika timbul keperluan lain.
Aplikasi warna dan persekitaran hijau
Pemilihan serta aplikasi warna patut mengikut tren bagi melahirkan kediaman bergaya dan kondusif. Warna memainkan peranan penting dalam membangkitkan emosi penghuninya.
Gabungan elemen sampingan seperti perabot, langsir dan lain-lain aksesori membantu dan menambah kesempurnaan warna juga keceriaan ruang. Persekitaran selesa dengan reka bentuk hijau membantu melengkapi pilihan gaya.
Aplikasi persekitaran semula jadi dan hijau seperti penggunaan udara dan cahaya matahari membantu mengurangkan kos tenaga serta kesan pencemaran. Justeru, disarankan menyediakan landskap menarik di laman manakala dalam rumah menyelitkan tumbuhan hijau. Ia melahirkan suasana tenang, bau harum dan bunyi mendamaikan deruan air kolam.
Pemilihan gaya dan reka bentuk penting kerana menjadikan kediaman selesa serta berfungsi. Namun, perlu ingat, kesempurnaan reka bentuk tidak sepenuhnya menjanjikan kegembiraan. Sebaliknya, perancangan hiasan dalaman sempurna lebih penting kerana membantu menyelesaikan serta memenuhi keperluan harian.
Luas kediaman diiringi hiasan dalaman mewah bukan penentu keselesaan. Sebaliknya, biarlah menetap di kediaman sederhana, asalkan perancangan dibuat teliti selain dapat berfungsi dengan sempurna.

Dan jika anda merasakan sudah sampai waktunya untuk mengubahsuai kediaman, mengecat, menambah cantik lantai dengan jubin, membina kabinet dapur dari bahan konkrit, kami sedia membantu dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami..
No comments:
Post a Comment