PINJAMAN JENIS IV
(MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH)
(Senarai Semak Permohonan Pinjaman)
1.Borang permohonan pinjaman.
2.Surat iringan asal Ketua Jabatan.
3.Wang proses RM1.00 bagi pinjaman pertama bagi setiap RM1,000.00 (tambahan
RM1.00 bagi setiap RM500.00 dan ke atas). Sekiranya pinjaman kedua, wang
proses RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM2.00 bagi setiap RM500.00
dan ke atas).
4.Salinan kad pengenalan awam/tentera/polis yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
5.Slip gaji asal terkini / E-slip yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
6.Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen sekiranya slip gaji ada potongan
KWSP.
7.Salinan Surat Pengesahan Pemangkuan Jawatan.
8.Borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful.
9.Salinan borang permohonan laporan penilaian hartanah yang telah disempurna dan
dikemukakan kepada JPPH (Borang 1).
10.Salinan Hakmilik Individu yang disahkan oleh peguam/pemaju.
11.Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh peguam.
12.Borang 2.
13.Borang 3B.
Dokumen tambahan jika berkenaan
1.Borang 6.
2.Borang 7.
3.Salinan surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa
Negeri jika hakmilik ada sekatan kepentingan.
4.Penyata baki hutang bank enam (6) bulan ke hadapan yang lengkap dengan no.
Akaun, butiran harta dan akujanji bank.
5.Pinjaman bersama suami dan isteri serta Pinjaman dua nama di dalam perjanjian
jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran
Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
No comments:
Post a Comment