Membina Rumah Kediaman di atas tanah Sendiri.(info disini)
Membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap
individu. Kalau diikutkan dari segi kos memang lebih jimat berbanding
membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, masih ramai yang
tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini. 7 persediaan yang perlu diketahui oleh anda untuk memudahkan berurusan dengan arkitek/kontraktor.
Geran Tanah.
Yang ni mesti wajib. Cakap banyak macam 'pro' pun tak guna kalau takde
benda ni. Geran perlu disediakan untuk mengenalpasti status tanah
tersebut sama ada pegangan bebas/pajakan/ rizab melayu. Kategori tanah
contohnya; pertanian/bangunan/komersial. Selain itu, anda juga perlu
memastikan tiada apa-apa sekatan kepentingan dalam geran tersebut. Jika
terdapat sekatan kepentingan contohnya tanah tersebut adalah untuk
kegunaan dusun, dalam hal ini, anda perlu menggunakan khidmat peguam
untuk menukar status tanah berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Keluasan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan saiz kediaman
baru anda. Sebagai contoh, bagi tanah yang mempunyai saiz bukaan kecil
iaitu lebar 50 kaki dan panjang 60 kaki. Maka, lebar dan panjang
bangunan tersebut adalah 30 kaki X 30 kaki.
Cukai Tanah
Pastikan bayar setiap tahun. Ada kes cukai tanah yang tertunggak
bertahun-tahun sampai anak dah masuk darjah 1. Nasib baik pegawai daerah
selalu pergi bulan madu. Kalau pejabat tanah tu jadi macam agensi
swasta, alamat tak berhartalah jawabnya.
Pelan Lakaran Rumah
Bab ni menuntut anda suspaya jadi pelukis handalan.. he..he..he.. gurau
aje. Tak payah lukis cun-melecun. Asal nampak susunatur dan saiz ukuran
pun jadilah. Lazimnya, arkitek akan kasi beberapa 'sample' sebagai
rujukan pelanggan.
Keadaan Tanah
Ceritalah serba ringkas
pasal keadaan tanah berkenaan sama ada tanah rata, berbukit, hutan,
tanah potong dan tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu
membersihkan sendiri tanah dengan duit poket anda sendiri. Kontraktor
cuma sediakan rumah sahaja. Kalau tanah tu jenis tanah tambun, perlu
nyatakan bila tanah tu ditambun. Biasanya, 5-6 tahun ke atas selepas
tambun tak perlu kerja-kerja cerucuk (piling).
Persekitaran Kawasan
Perlu nyatakan kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti
bekalan air dan elektrik, sistem saliran, kedai, masjid dan sebagainya.
Keadaan jiran-jiran sebelah perlu dinyatakan sekali. Terdapat segelintir
jiran yang berasa kurang senang dengan kerja-kerja pembinaan di kawasan
mereka. Mungkin mereka bimbang diganggu oleh pekerja asing lebih-lebih
lagi bagi
keluarga yang ada anak dara.
Spesifikasi
Tak
ramai pelanggan yang bertanya bab ni. Untuk nampak lebih 'pro', soalan
mengenai spesifikasi mesti ditanya kepada kontraktor. Ramai di antara
pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan
bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan.
Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas
hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Untuk bab Spesifikasi
ni, nanti aku jelaskan dengan terperinci dalam posting yang akan datang.
Bajet Kewangan
Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan rupa rekabentuk dan
spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/kontraktor akan membuat
anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah.
Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013
Search This Blog
Ubahsuai Kediaman
Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!-- start -->


No comments:
Post a Comment