Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

11 June 2012

Rumah Impian





Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang, lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga. Dengan mempunyai tanah sendiri serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah,mereka boleh membinanya mengikut konsep dan citarasa tersendiri.

Tetapi ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah diatas tanah sendiri.Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu.Bukan itu saja,terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki,


Ini tentulah semasa submission pelan,terdapat masaalah yang timbul. Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masaalah lain,padahal jika pelan yang disubmit itu lengkap,kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari sahaja (mengikut kawasan)

Sebenarnya untuk membina rumah,prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah. Kita hanya perlu melantik Arkitek/Perunding untuk menguruskannya,tapi caj penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah.Tetapi tanggungjawab yang dipikul oleh Arkitek/Perunding juga agak besar.

Ini untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Masa yang diluangkan untuk mereka bentuk rumah,masa untuk berurusan dengan pihak berkuasa dan projek mempunyai masalah juga perlu diambil kira. Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah idaman?

BinakaKarya dapat memberikan panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo,tambahan rumah,ubahsuai rumah serta yang berkaitan dengannya.Anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategori yang  sediakan.

Bukan itu saja BinaKarya juga boleh menjadi sumber rujukan kepada sanda yang bercita-cita memiliki rumah kediaman sendiri mencari sumber membina rumah dan juga kerja-kerja renovasi.



CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/2 TINGKAT1-Pelan Perancang bandar (jika perlu)

2-Pelan Arkitek 3-Pelan jurutera

Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi :

1                 Plan tapak B-Plan lokasi C-Plan kunci D-plan lantai bawah E-plan lantai atas (tingkat satu) F-plan bumbung G-plan pandangan-hadapan dan belakang-kiri dan kanan H-plan keratan1-1 dan 2-2 I-schematic diagramme sanitary dan plumbing J-jadual saiz tingkap,pintu, K-plan pagar  L-jadual pengudaraan dan cahaya M- plan bangunan sementara.

A-    Pelan tapak : Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya jugamenunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perludimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis.

B-    Pelan lokasi : Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.

C-    -Pelan kunci : Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.

D-    Pelan lantai bawah (ground floor keyplan) Plan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik 

E-     -Pelan lantai atas (1st floor keyplan) Plan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik 

F-     -Pelan bumbung (roof plan) Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.

G-    -Pelan pandangan (elevation)Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar 

H-    -Pelan keratanPelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I-       -Schematic diagramme,isometric Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing

J-       -Jadual pintu dan tingkap Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkapl,Pagar . Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah danmeter elektrik 

K-    -Jadual pencahayaan dan pengudaraanJadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara

L-           L-Pelan bangunan sementara. Pelan yang menunjukkan

M-       -pelan tapak-pelan kunci-pelan tandas sementara-perician hoarding-perician kabin/setor 




Pelan Jurutera : Rekabentuk bangle

Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada plan r.c, plan sanitary, plan plumbing, plan kerja tanah (jika perlu). Semua plan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek. Setiap jenis pelan tersebut akan dihantar ke jabatan yang berbeza ( P.B.T ) iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit keMajlis Perbandaran Tempatan .Plan sanitary ke IWK/JPP. Plan plumbing ke PBA/Jabatan Bekalan Air Negeri
.
Pelan R.C

Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor semasadalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan. Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.

Pelan Plumbing.
Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan iniakan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Tweet
Share

Sebarkan.