Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

06 April 2012

Latar Belakang Dapur Masyarakat Malaysia


Perancangan dan rekaan ruang dapur berhubung rapat dengan budaya dapur amalan keluarga kita sendiri. Maka tidak ada satu jawapan untuk semua keluarga. Setiap keluarga mempunyai keperluan yang unik.Dari segi teknikal, lazimnya ada kehendak standard. Kita sebagai pengguna dapur sendiri jangan terlalu terikut-ikut dengan orang lain.

Sebagai orang Melayu, saya lebih merujuk kepada amalan budaya masyarakat Melayu tradisi. Antara perkara yang dititikberatkan adalah upacara keramaian di rumah. Contohnya, kenduri, perkahwinan, kematian dan hari raya.Upacara begini sering mencabar keberkesanan perancangan ruang dapur dan ruang makan. Ini kerana silap mengatur laluan trafik akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan menjejaskan upacara berkenaan.


Dalam masyarakat Melayu tradisional, dapur dikhaskan untuk wanita. Dulu, wanita adalah suri rumah, maka banyak masa dihabiskan di situ untuk menjalankan pelbagai aktiviti domestik tetapi sekarang tidak janggal golongan lelaki ke dapur untuk membantu isteri.

Pada hari ini, dapur sudah banyak melalui perkembangan dari aspek reka bentuk dan perancangannya. Pada zaman kolonial British dulu rumah ibu dan dapur mempunyai definisi yang jelas kerana dibezakan aras dan kedudukannya.Dapur rumah bangunan kolonial biasanya mempunyai kawasan bertutup dan terbuka yang disatukan. Ini sebenarnya sangat praktikal dan menarik.

Kebersihan dapur perlu dititikberatkan

Hari ini, dapur moden mengalami satu masalah yang lazim iaitu keluasan terhad terutama di rumah teres dan apartmen tetapi aktiviti dapur tetap sama. Di situlah kita memasak, mencuci pinggan-mangkuk, mencuci baju dan menjemur pakaian.
Di kawasan yang kecil itu juga hendak bercucuk tanam menghasilkan taman herba atau taman mini. Sebenarnya jika dirancang dengan baik dan bijak, ia akan menjadi ruang paling digemari keluarga.

Namun, perancangan yang baik ini harus disesuaikan budaya dapur kita. Dapur yang moden dan canggih sekalipun, jika penggunanya tidak bersih, tidak rajin berkemas, kasar dan tidak mengikut peraturan, dapurnya pasti menjadi buruk juga.

Jadi, dalam merancang reka bentuk dapur, ia perlu disertakan dengan perubahan amalan budaya dapur yang menekankan aplikasi sistem yang berkesan dan praktikal.
Seperti yang saya sebutkan tadi, aktiviti mencuci pakaian dan menjemur baju juga dilakukan di dapur. Kawasan luaran yang sedikit di belakang rumah dimanfaatkan sebagai tempat menyidai pakaian dan ini merosakkan pemandangan indah seni bina rumah kita.

Namun, tidak dapat dielakkan mengikut pengakuan sebilangan suri rumah bahawa ruang yang ada itu menempatkan semua aktiviti berkenaan. Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah suasana dapur menarik dan selesa banyak bergantung kepada tradisi amalan dapur kita.

Di sini boleh saya katakan bahawa reka bentuk atau hiasan dalaman bukan hanya menekankan nilai estetik semata-mata, tetapi membentuk disiplin diri ahli keluarga dan memperbaiki kualiti hidup sesebuah keluarga.

Perkembangan dapur pada hari ini

Tugas dapur berubah secara dramatik pada 20 atau 30 tahun lalu. Dari berfungsi secara asas sebagai tempat yang hanya menyedia dan menyiapkan makanan untuk keluarga menjadi ruang pelbagai fungsi seperti penyimpanan makanan kepada penyediaan makanan dan sebagai ruang keluarga.

Pertukaran cara hidup dan teknologi banyak mempengaruhi cara dapur berfungsi. Dengan adanya peralatan dapur canggih dan mesra pengguna membuat cara dan gaya memasak berubah. Dengan adanya peti sejuk besar, sekarang ini masyarakat hanya perlu berbelanja di pasar hanya sekali seminggu.

Cara penyediaan makanan juga berubah, penggunaan makanan segera dan perencah segera semakin popular bagi remaja dan bagi golongan keluarga kecil yang sibuk yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan secara biasa. Sejak kebelakangan ini penggunaan ketuhar mikro amat diperlu bagi mempercepatkan aktiviti memasak berbanding cara biasa.
 
Perancangan ruang

Bagi kebanyakan tempat, dapur menjadi pusat dalam rumah dan aktiviti domestik. Kurangnya makan secara tradisional yang mana makan secara formal menyebabkan dapur menjadi ruang bersama antara ruang makan dan ruang tamu. Ini menyebabkan dekorasi dapur menjadi penting sama seperti ruang tamu..
Kediaman moden juga bertukar menjadi konsep perancangan terbuka yang mana hanya sedikit atau tiada langsung pembahagian ruang dalam rumah. Dengan cara itu, dapur tidak lagi berfungsi tunggal malah sebagai pusat bagi keseluruhan perancangan dan skima reka bentuk kediaman.

Tip membuat perancangan dapur

Ruang makan dan dapur haruslah mempunyai perhubungan laluan dari dalam dan luar. Sekiranya ada keramaian, dua laluan ini akan menentukan kelancaran aliran trafik.
Aktiviti basah seperti mencuci pinggan, memotong sayur dan ikan serta aktiviti memasak haruslah didefinisikan kawasannya dengan jelas. Aktiviti yang awal disebut tadi lebih baik sekiranya dihubungkan terus dengan ruang luar rumah.

Rak untuk menyimpan barang-barang dapur haruslah terancang dan mencukupi. Senaraikan barangan keperluan dapur mengikut kategori penggunaannya agar keputusan jumlah rak terbuka, rak tertutup, laci dan kedudukannya dirancang dengan berkesan.

Gunakan pintu berkembar yang boleh dibuka luas apabila ada aktiviti keramaian serta tingkap yang strategik untuk peredaran udara yang berkesan. Tidak semestinya pembukaan itu banyak. Peredaran, udara berlaku apabila ada laluan angin masuk dan laluan angin keluar yang jelas dan kedudukan bukaan adalah betul. Jika perlu, gunakan kipas penyedut untuk membantu peredaran udara.

Jika berkemampuan, gunakan mesin basuh dan mesin pengering baju untuk mengurangkan ruang penyidai baju. Walaupun ramai antara kita yang gemar mengeringkan baju secara semula jadi dibandingkan dengan mesin pengering baju, sebenarnya, perbezaan ini hanya sedikit dan secara psikologi kita rasa baju yang dikeringkan matahari lebih sedap dipakai.

Ruang luaran yang kecil dan sedikit boleh dijadikan taman untuk dinikmati dari ruang makan dan ruang dapur. Di sini juga, terletaknya pintu pagar belakang untuk tujuan pembersihan rumah seperti pembuangan sampah dan sebagainya.

Bahan dan aksesori

Perkembangan bahan dan kemasan serta aksesori menyaksikan perkembangan reka bentuk dapur menjadi menarik. Ketika ini, pengguna mempunyai banyak pilihan daripada hanya kemasan seperti jubin seramik dan kemasan cat yang digunakan sebagai bahan kemasan.

Hari ini dapat dilihat pelbagai penggunaan bahan kemasan yang menarik seperti bahan besi tanpa karat, kaca, laminate kayu berwarna dan plastik tahan lasak. Semua kemasan ini amat sesuai kerana mempunyai ciri tahan lasak, kuat, serta amat tahan untuk kegunaan harian di dapur.

Aksesori pula berfungsi memudahkan susunan peralatan dapur supaya lebih teratur dan kemas. Aksesori yang menarik menambah lagi gaya reka bentuk dapur.

Gaya reka bentuk

Gaya reka bentuk dapur juga amat dinamik seperti gaya fesyen pakaian. Hari ini kita dapat melihat banyak pilihan reka bentuk boleh diperoleh sama ada daripada majalah, buku atau bilik pameran gaya dan stail reka bentuk dapur.

Sekiranya anda ingin mereka bentuk dapur sama ada dari peringkat asas, pengubahsuaian yang lama atau merancang semula sangat baik. Anda perlu bersedia dan terbuka dalam menerima apa juga cadangan yang dicadangkan oleh pakar terutama bahagian teknikal seperti pemasangan dan pendawaian.

Pembacaan dan penelitian serta rujukan mengenai dapur akan membantu anda mengumpul segala maklumat yang diperlukan untuk melaksana dan menggunakan dapur sebagai rutin dan tugas seharian.

Perancangan reka bentuk dan kos

Membina atau mengubah dapur adalah projek yang memerlukan perancangan teliti dan ketika pelaksanaan kerja akan berubah-ubah kerana pemilik tidak yakin apa yang dikehendaki dan perubahan ini akan membabitkan kos.

Berbanding dengan kerja membaiki atau menukar unit pintu yang mana kerja dilakukan hanya menggunakan bajet terhad maka hendaklah berhati-hati dengan tambahan kos dan kos yang tersembunyi. Oleh itu, perlu ada dana untuk menampung kos berkenaan.

Teknologi

Selain kos yang perlu dititik berat, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan dari segi praktikaliti, keselamatan dan kebersihan yang perlu diketahui oleh pengguna dapur. Keperluan dapur banyak membantu memudahkan kerja menyedia dan memasak makanan.

Kemajuan teknikal berlaku cepat dan adalah baik untuk mengambil masa meneliti produk keperluan dapur yang ada dalam pasaran sama ada keluaran terbaru sebagai pilihan. Adalah baik mengetahui tahap jaminan, kelasakan dan jangka hayat produk keperluan dapur berkenaan ketika membeli.

Jangan terpengaruh dengan trend dan reka bentuk dapur terkini - fikirkan mengenai praktikaliti. Binalah dapur yang sesuai dengan cara hidup dan juga inspirasi gaya yang diidamkan. Paling penting anda berasakan seperti rumah sendiri yang mana anda selesa dan praktikal untuk bekerja.

No comments:

Post a Comment

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.