1. Badan kabinet
2. Pintu kabinet
3. Aksesori
Badan kabinet merupakan bahagian yang menampung barangan yang bakal kita simpan dalam kabinet kita. Dengan kata lain badan kabinet menampung beban berat semua barangan berkenaan termasuk juga beban beratnya sendiri, pintu-pintu kabinet serta semua aksesori yang dipasang. Ini bermakna, badan kabinet perlu dibina dari bahan yang kukuh jika ketahanan menjadi keutamaan.
Kami di Zolmar Enterprise selalu mengesyorkan supaya pelanggan memilih badan kabinet yang dibina menggunakan ply bertetulang. Bagi kami ia adalah pilihan binaan yang paling baik untuk badan kabinet yang kuat dan tahan lasak dengan harga yang berpatutan.
Walaupun ply secara sendirinya tidak setebal dan sekuat kayu solid, ia menjadi kuat apabila diperkukuhkan dengan tetulang beluti yang diapit, dipaku dan digam di antara 2 kepingan ply. Biasanya ply dari kayu berkualiti seperti nyatoh, semangkok, oak dan sebagainya dipasang di sebelah luar dan ply berformika putih diletakkan di sebelah dalam.
Ringan dan kuat adalah ciri penting bagi badan kabinet yang ideal dan ini dapat dicapai dengan menggunakan ply diperkukuh. Jika badan kabinet itu sendiri sudah berat dan daya kekuatannya pula kurang sudah tentu kabinet dapur anda tidak akan mampu bertahan lama.
Chipboard adalah contoh bahan binaan yang solid, berat tetapi kurang mempunyai kekuatan. Bagaimanapun ia seringkali menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah. Kenapa murah? Sebab kerja membina kabinet mengunakan chipboard senang dan cepat. Hanya perlu potong mengikut saiz dan pasang.
Badan dari kepingan ply diperkukuh pula terpaksa melalui proses kerja yang lebih rumit, memerlukan kemahiran dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan. Oleh itu harganya lebih mahal sedikit. Tetapi jika ketahanan menjadi keutamaan anda, binalah badan kabinet anda melalui kaedah ini. Ia berbaloi dengan nilai wang yang anda belanjakan.
Pintu Kabinet
Pintu-pintu kabinet adalah komponen yang memberi karakter kepada dapur anda. Samada dapur anda akan kelihatan moden, tradisional, English dan sebagainya adalah bergantung kepada pintu kabinet anda. Corak, kemasan, warna dan aksesori pintu kabinet dapur anda memainkan peranan dalam menjelmakan gaya atau konsep dapur yang anda ingini.
Ada banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembinaan pintu-pintu kabinet. Antara yang popular adalah kayu solid, chipboard, MDF board, kaca, akrilik, aluminium, keluli tahan karat dan beberapa lagi. Sesuatu pintu tidak semestinya menggunakan satu bahan saja malah biasanya pereka akan menggabungkan bahan-bahan berkenaan sesuai dengan konsep atau gaya yang ingin ditonjolkan.
Aksesori
Aksesori kabinet juga merupakan komponen penting dalam pembinaan kabinet moden. Ia melengkapkan kabinet anda agar menjadi lebih praktikal. Pernahkah anda melihat kabinet dapur yang dibina tanpa sebarang aksesori? Misalnya, kabinet dapur cantik dan gagah tapi tidak dilengkapi rak pengering pinggan mangkuk. Terpaksa beli set dari luar dan bila diletakkan di dapur ia mengganggu ruang atau dapur kelihatan ‘semak’.
Sebenarnya ada banyak aksesori kabinet dapur yang boleh anda pasang terus di dalam sistem kabinet anda. Jika anda membuat perancangan yang betul dan memasang aksesori yang betul, kabinet dapur anda bukan saja akan menawarkan ruang untuk anda menyimpan segala barangan keperluan bahkan ia memudahkan anda melakukan kerja-kerja penyimpanan, penyusunan dan seterusnya memudahkan pula kerja-kerja mencari dan mengeluarkannya.
Dengan pemilihan aksesori yang bijak, dapur anda mampu menjadi sebuah dapur yang amat ergonomik dan anda pasti selesa bekerja di sana. Jika anda kurang pasti apakah aksesori-aksesori yang patut ada dalam sistem kabinet dapur anda, mintalah bantuan atau pendapat pereka atau kontraktor yang akan membina kabinet dapur anda itu.
artikel di atas adalah dari sini dan di oleh sedikit.
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman syarikat, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan meraikan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com
Maklumat Peminjam:
Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Pinjaman destinasi: _____________
Nombor telefon: ________
Ibu maria