Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

27 June 2013

Susunan Kediaman Ikut Citarasa Anda

 lebih idea, SINI

Idea penggayaan ruang itu secara tidak langsung melambangkan gaya hidup anda seisi keluarga. Lakukan perubahan dekorasinya biar pun sekadar ringkas seperti menukar jenis gubahan bunga atau set pinggan mangkuk saja. Tidak perlu terikut-ikut dengan situasi di kediaman orang lain kerana setiap daripada kita mempunyai gaya hidup, keperluan dan bajet berbeza.

Hakikatnya menampilkan kreativiti dalam mengilhamkan dekorasi terbaik kediaman sempena Aidilfitri ini lebih menarik jika tidak mengeluarkan belanja besar. Luangkan masa untuk mengemas dan menghias kedua-dua ruang berkenaan kerana ia menjadi tempat utama meraikan kehadiran tetamu. Anda juga tidak semestinya mengupah pakar hiasan dalaman, kerana anda boleh melakukan sendiri pengubahsuaian mengikut cita rasa dan kreativiti. Paling penting idea yang cuba anda ketengahkan itu tampil segar dan mengikut aliran semasa atau cita rasa sendiri dan selesa.

Ruang makan

Perabot seperti meja makan tidak perlu dibeli baru, memadai dengan menukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna. Penggunaan alas berfabrik organza dan nipis juga mampu menarik perhatian dan secara tidak langsung menyuntik suasana berbeza di ruang makan anda.Hiasan seperti pemandangan dan bunga kering yang dilapik dengan kaca sama dengan ukuran permukaan meja.Dari segi pencahayaan, anda tidak perlu membazir dengan berbelanja besar untuk membeli lampu meja makan yang mahal.

Cukup sekadar lampu gantung atau berterendak aneka warna. Jika ingin mewujudkan suasana romantis, pasangkan lilin di atas meja. Bagi hiasan lilin aneka warna dan reka bentuk mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan.Susun buah-buahan dalam bekas yang menarik menaikkan seri ruang makan dan menceriakan tetamu yang datang.

Sementara itu gubahan bunga segar kelihatan lebih semula jadi dan mendamaikan dan pastikan ia sesuai dengan warna dinding serta hiasan meja lain. Bagi memberikan kesan lebih mempesonakan, anda dicadangkan meletakkan gubahan bunga segar tadi dalam bekas kaca telus. 

Perlu diingat bahawa bunga atas meja tidak sesuai digubah dalam bentuk yang tinggi tetapi memanjang.
Dalam menyerikan ruang makan dengan aksesori tambahan, pokok bunga segar boleh diletakkan pada penjuru ruang berkenaan. 

Bagaimanapun, penggunaan langsir nipis atau bidai juga sesuai untuk ruang makan yang dilengkapi tingkap. Dalam keghairahan meraikan tetamu, jangan meletakkan terlampau banyak makanan di atas meja hingga mengganggu keselesaan menjamu selera.


Ruang tamu
Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai sambil meraikan tetamu. Keselesaan menjadi boleh dinikmati menerusi susun atur perabot menepati fungsi.Sempena Aidilfitri ini rancang teliti susun letak bekas berisi kuih raya di meja kopi supaya tidak kelihatan berserabut dan mudah dicapai tetamu. Anda tidak seharusnya meletakkan semua kuih raya memadai dengan beberapa jenis saja. Sajian minuman juga perlu ringkas dan diletakkan dalam cawan atau gelas sesuai. Ini kerana ruang makan adalah tempat menjamu selera paling utama berbanding ruang tamu.

Dalam situasi itu gubahan ringkas dan praktikal perlu diketengahkan bagi menambahkan kemeriahan. Sekiranya sofa di ruang tamu masih elok dan cantik, belikan saja kusyen hiasan dengan corak atau warna pilihan bagi menampilkan ragam gaya baru di ruang tamu. Alihkan perhiasan kurang penting kerana ia boleh mengganggu kelan­caran meraikan tetamu Aidilfitri. Ruang yang tidak mengehadkan laluan pergerakan memberikan lebih keselesaan kepada tetamu.

* Untuk anda yang merancang mengubahsuai kediaman, mengecat, memasang jubin kami mengadakan promosi sempena RAMADHAN ini. Hubungi kami untuk QUATATION PERCUMA. Hadiah misteri pelanggan kami. 012 - 622 6624

18 April 2013

Tips Rekaan Hiasan Dalaman Rumah


Sedikit  tips rekaan dalaman rumah yang ekslusif. Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika menghias rumah anda.




1. Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.


2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.


3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.


5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.


6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang.
 Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.


8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. 
Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.


9. Elak bina sekatan.
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.


10. Jangan beli kerana murah. 
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.


Lebih Info Klik SINI
!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.