Salam Sejahtera. Adakah anda merancang untuk mengubahsuai kediaman,pejabat,taska atau ingin mengecat kediaman@pejabat sedia ada ? INGIN MEMBINA RUMAH KEDIAMAN BARU dengan menggunakan pinjaman dari BANK tempatan? Hubungi kami & kami bersedia membantu anda, dengan bajet yang NGAM.. hubungi kami. binakarya.e@gmail.com 013 - 6975013

Search This Blog

Ubahsuai Kediaman

Kami Juga Ada Menyediakan Perkhidmatan Ubahsuai Kediaman, Kerja -kerja Mengecat, Pendawaian Elektrik. Hubungi Kami 013 - 697 5013

28 November 2012

CARA MENGECAT YANG BETUL.


Mengecat kediaman memerlukan ketilitian yang amat tinggi. Jika salah memilih warna untuk kediaman, alamat rumah anda akan nampak kusam, pudar, tidak memanrik.Dengan itu, berikan wajah rumah anda dengan sentuhan warna. Warna juga, dapat memberikan tenaga dan dapat memperbaharui suasana atau mood dalamsesuatu ruang tersebut. Sekarang, saya ingin share satu e-book bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut CARA MENGECAT YANG BETUL. (click) ENJOY IT BEB

26 November 2012

Panduan Mengecat Kediaman

Mengecat bukanlah tugas yang mudah terutama jika ingin mengecat ruang yang besar. Jika anda ingin melakukan sendiri kerja-kerja mengecat rumah, tips berikut boleh diambil perhatian:





  1. Sediakan peralatan mengecat iaitu cat, roller cat, berus, bekas roller, batang penyapu (kayu untuk mengecat ruang tinggi), kertas akhbar, pengikis cat, pakaian, topi dan air.
  2. Anggaran jumlah cat perlu bergantung kepada saiz ruang yang ingin di cat.
  3. Terdapat pelbagai pilihan cat di pasaran. Pilih cat yang bermutu untuk mengelak ia mudah berkulat.
  4. Sebelum memulakan proses mengecat, periksa dinding rumah anda terdahulu. Jika terdapat cat lama yang mengelupas, pastikan cat tersebut dibuang menggunakan pengikis cat. 
  5. Tampal lubang-lubang paku atau retakan dinding anda menggunakan simen atau plaster.
  6. Jika terdapat dinding yang tidak rata, kertas pasir boleh digunakan untuk meratakan dinding tersebut.
  7. Alas lantai rumah anda dengan kertas atau canvas untuk menghalang cat tumpah ke lantai. Jika tertumpah, pastikan ia dilap segera kerana jika cat telah kering, amat sukar untuk tanggalkannya.
  8. Jika cat lama anda berwarna terang atau gelap, pastikan anda menggunakan 1 lapisan cat putih untuk menutup cat tersebut. Ini memudahkan dan menjimatkan cat apabila anda mengecat.
  9. Semasa mengecat, pastikan ia dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas. Ikutaliran cat untuk pastikan ia rata.
  10. Setelah mengecat dengan warna pilihan anda, pastikan oa kering dan buat lagi 2 lapisan untuk kemasan.
  11. Gunakan berus untuk ruang-ruang sempit dan penghujung dinding.
  12. Pastikan sapuan cat anda rata.
KREDIT kepada yang berkenaan

20 November 2012

Ruang Tamu Lebih Cantik

Kita sering kali merasa mushkil untuk memilih cat dari jenis bagaiman untuk ruang tamu. Cat sering menjadi pilihan buat individu yang mahukan transformasi efisien dan pantas. Namun tidak ramai yang mengambil tahu bagaimana memilih warna yang tepat mengikut keperluan mereka.



1.Bagaimana menentukan pilihan warna cat untuk ruang tamu?

Pertimbangkan keluasan. Anda perlu mempertimbangkan keluasan dalaman kediaman terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika saiz kediaman anda kecil, pilihlah cat berwarna terang. Jika kediaman bersaiz besar pula, pilihlah cat berwarna gelap atau terang. Ramai pemilik yang menukar cat setiap tahun, bukan menukar perabot!

Jadi, anda perlu mengambil kira apakah warna yang terdapat pada elemen-elemen atau barang sedia ada di ruangan kediaman anda sebelum memilih warna cat. Setelah kenal pasti, gabungkan warna sedia ada dengan warna cat terbaru pilihan anda tersebut. trend warna popular. Jika anda menghuni kediaman baru, membuat pilihan warna cat pastinya lebih mudah.

Bagaimanapun ia perlu sesuai dengan keluasan ruang. Trend warna yang diuar-uarkan pada penghujung tahun oleh pakar warna juga boleh memberi panduan kepada anda untuk mengetahui warna mana yang akan popular. latar belakang keluarga. tanya pada diri apakah anda sudah berkeluarga? Masih bujang? Mempunyai anak?

Semua ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi pemilihan warna anda nanti. Warna kelabu misalnya, sesuai untuk individu yang suka bersendirian. Namun ia tidak sesuai digunakan jika anda mempunyai anak-anak. Perlu diketahui juga pilihan warna kini bukan lagi mengikut jantina. ia subjektif mengikut keselesaan dan kegemaran anda. walau apa sahaja warna yang dipilih, pastikan ia jatuh pada hue atau shade yang sesuai.

2. Apakah antara warna selamat di ruang tamu?

Antara warna selamat yang boleh difikirkan terdiri daripada keluarga kuning, putih, krim atau beige serta warna mewah terang bagi menampilkan efek mewah dan klasik.


3. Apakah gaya cat terbaik di ruang tamu?

Dinding setiap ruang terbahagi kepada ruang dinding tumpu (feature wall) dan ruang biasa. Dinding tumpu sesuai dengan aplikasi cat berwarna gelap, manakala dinding biasa pula sesuai menggunakan cat berwarna terang.

4. Apakah kelebihan menggunakan cat?

Sebagaimana yang kita tahu, mengecat memerlukan penyeliaan yang minimum, murah serta kaedah rawatannya yang mudah. Anda tidak perlu risau untuk membersihkan dinding kerana terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan tahan lebih lama sehingga beberapa tahun.

5. Apakah jenis cat yang terdapat di pasaran?

Cat terbahagi kepada matte dan glossy. Pilih cat jenis matte untuk menutup kecacatan permukaan dinding yang tidak rata. Manakala cat jenis glossy pula sesuai untuk menonjolkan kehebatan di latar dinding berpermukaan rata. Cara terbaik mengecat adalah menyapukan permukaan dinding dengan under coat Majestic Primer serta diikuti dengan dua kali sapuan cat mengikut warna pilihan anda.

Untuk ruang tamu dan ruang interior kediaman, Jotun menawarkan rangkaian warna-warna menarik dari Majestic Optima, Majestic Pearl Silk dan Majestic Royale Matt. Ini bukan bertujuan promosi, tetapi saya lebih selesa menggunakan cat dari jenis ini.



Selain daripada pilihan warna menarik, rangkaian cat Majestic juga mementingkan suasana alam, kurang bau, mudah dibersihkan, warna tahan lama, mampu menutup keretakan dan juga rendah VOC.

Kertas dinding juga menawarkan banyak pilihan paten, tekstur dan warna, sekali gus menjadikan penampilan ruang lebih mempesonakan dengan paparan dekorasi yang tidak dapat dicapai menggunakan medium catan biasa. Kertas dinding atau kemasan dinding juga kini semakin popular lantaran dapat membangkitkan impak dekorasi dalaman kediama. Terpulang pada anda menentukan gaya ruang tamu anda.

kredit kepada IMPIANA untuk artikel ini, dan ada juga item dan ayat yang saya tambah bagi menonjolkan gaya ruang tamu

Persidangan Pembinaan, Teknologi & Perkhidmatan

Persidangan Pembinaan, Teknologi & Perkhidmatan 2012 yang di anjurkan oleh C.I.D.B Malaysia ini akan bermula pada 11 & 12 Disember 2012. Bayaran untuk persidangan ini sebanyak RM600.00 dan jika anda mendaftar sebagai kumpulan, minima 3 orang RM500.00.

 

  Booth juga di sediakan oleh pihak PIKOM. Bayaran sebanyak RM1500.00/per booth.      

    Hubungi Sheila Tan 03 - 7955 2922


  Untuk pendaftaran, sila ke LAMAN WEB ini (click ).









15 November 2012

MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH


Sedikit tips jika anda bercadang membeli tanah untuk membina kediaman. Antara Dokumen yang perlu ada jika anda berminat untuk membeli tanah untuk membina rumah adalah :

1.Borang permohonan pinjaman.

2.Surat iringan asal Ketua Jabatan.

3.Wang proses RM1.00 bagi pinjaman pertama bagi setiap RM1,000.00 (tambahan 
  RM1.00 bagi setiap RM500.00 dan ke atas). Sekiranya pinjaman kedua, wang 
  proses RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM2.00 bagi setiap RM500.00 dan
  ke atas).

4.Salinan kad pengenalan awam/tentera/polis yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

5.Slip gaji asal terkini / E-slip yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

6.Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen sekiranya slip gaji ada potongan
  KWSP.

7.Salinan Surat Pengesahan Pemangkuan Jawatan.

8.Borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful.

9.Salinan borang permohonan laporan penilaian hartanah yang telah disempurna dan
  dikemukakan kepada JPPH (Borang 1).

10.Salinan Hakmilik Individu yang disahkan oleh peguam/pemaju.

11.Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh peguam.

12.Borang 2.

13.Borang 3B.

 

Dokumen tambahan jika berkenaan

1.Borang 6.

2.Borang 7.

3.Salinan surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa 
  Negeri jika hakmilik ada sekatan kepentingan.

4.Penyata baki hutang bank enam (6) bulan ke hadapan yang lengkap dengan no.
  Akaun, butiran harta dan akujanji bank.

5.Pinjaman bersama suami dan isteri serta Pinjaman dua nama di dalam

05 November 2012

Pemilihan Warna Cat Kediaman



 Sesekali kita merasa pening untuk memilih warna cat rumah yang paling sesuai untuk rumah anda. Sebenarnya, memang tidak ada cara umum tentang pilihan warna untuk rumah. Perlu difahami bahawa pilihan warna cat adalah sebuah seni. Dan, dalam seni ada kebebasan. Warna cat akan mencerminkan keperibadian dan gaya hidup anda sebagai pemiliknya. Beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam melakukan cat rumah agar kelihatan harmoni antara lain:

02 November 2012

Tips Ubahsuai Kediaman

Kita akan mengalami masalah apabila tibul isu UBAHSUAI RUMAH. Bagi yang mempunyai wang lebih, mereka akan membuat sedikit pengubahsuaian kediaman untuk menampakkan kelainan. Jangan berlebihan dalam berbelanja tambahan pula dengan keadaan ekonomi kita yang tidak menentu.Sedikit tips untuk anda yang merancang mengubahsuai kediaman.

!-- start -->

belajar jawi !!

KAMERA ONLINE

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

BlogMalaysia.com

Tweet
Share

Sebarkan.